BERITA Khalwat: Singgah berehat konon...

Khalwat: Singgah berehat konon…

-

SEORANG lelaki memberi alasan hanya singgah untuk berehat di rumah rakan wanitanya kononnya tidak tahan bergaduh dengan adiknya di rumah.

Bagaimanapun, lelaki berusia 26 tahun itu dicekup berkhalwat dengan pasangannya berusia 23 tahun oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) dalam serbuan 12.25 tengah malam tadi di sebuah rumah di Taman Jati, Kulim.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, sepasukan anggotanya yang diketuai Azwan Azman melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan.

Beliau berkata, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang wanita membuka pintu lalu membenarkan pemeriksaan dilakukan di rumah berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati lelaki itu dipercayai bersembunyi dalam bilik ketiga di tingkat atas rumah itu sebelum keluar selepas diarahkan.

“Pemeriksaan kemudian mendapati, pasangan itu tidak mempunyai sebarang hubungan mahram atau ikatan sah suami isteri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Radzi berkata, lelaki itu memberi alasan yang dia memberitahu keluarganya hendak menumpang tidur di rumah rakan lelakinya di sekitar Kulim.

Bagaimanapun, katanya, ketika soal siasat, lelaki itu memberi alasan singgah di rumah wanita itu dahulu untuk berehat.

“Namun hasil maklumat awam yang diterima, lelaki itu datang ke rumah wanita terbabit sejak petang semalam.

“Selain itu, maklumat awam yang diterima juga mendapati, wanita itu sering keluar dengan ramai lelaki lain,” katanya.

Berikutan itu, Radzi berkata, pasangan itu ditahan mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.

Katanya, sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...