POLITIK KJ perlu tahu erti mewarisi perjuangan, jangan hanya tahu...

KJ perlu tahu erti mewarisi perjuangan, jangan hanya tahu mewarisi kepimpinan

-

Jangan hanya tahu erti mewarisi kepemimpinan tetapi tidak tahu erti mewarisi perjuangan.

Itu antara kritikan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi terhadap bekas Ketua Pemuda parti itu, Khairy Jamaluddin yang sebelum ini dilihat lantang dalam beberapa isu membabitkan parti dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mohd. Puad yang menyifatkan Khairy sebagai pemimpin populis berkata, dia perlu membandingkan dirinya ketika tiada jawatan dengan Najib yang juga bekas Presiden UMNO.

“Setelah tidak lagi menjadi menteri, tidak ada jawatan dan tidak ada apa yang ditawarkan, apakah rakyat masih mengerumuni beliau?

“Mereka suka Khairy dulu mungkin kerana taksub kepada penampilannya, taksub kepada stokin merah yang dipakai bukan kerana perjuangannya. Populariti begitu cepat hilang,” katanya menerusi status yang dimuat naik menerusi Facebooknya hari ini.

Khairy dalam kenyataan sebelum ini berkata, walaupun semua orang berhak memberikan sokongan moral kepada Najib yang dijatuhi hukuman penjara berkaitan kes SRC International Sdn. Bhd. namun berharap UMNO tidak diheret bersekali dalam kes tersebut.

Ekoran kenyataan tersebut, beliau dikecam banyak pihak sehingga ada yang mendakwa Khairy cuba menjadi ‘hero’ bagi menyelamatkan keadaan parti.

Mohd. Puad berkata berkata, Khairy tidak sepatutnya mengheret UMNO dengan keputusan mahkamah.

“Dulu apabila Najib mula didakwa, Khairy kata jangan jadikan UMNO sebagai perisai dan pembela. Tetapi Najib menjawab bahawa dia tidak akan menggunakan parti untuk membelanya.

“Taksub rakyat kepada Najib adalah taksub kepada perjuangannya. Itu melahirkan teman sejati. Apakah Khairy ada teman sejati seperti itu? Akan sampai masanya, bila tiada jawatan dan kuasa kita akan ditinggalkan keseorangan,” katanya.

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...