NEGARAKU AM KKM Teliti 6 kriteria Tentukan Kesinambungan PKP

KKM Teliti 6 kriteria Tentukan Kesinambungan PKP

-

Terdapat 6 kriteria diteliti Kementerian Kesihatan yang akan menentukan kesinambungan perintah kawalan pergerakan, kata Dr Noor Hisham Abdullah ketika ditanya adakah KKM akan menyarankan larangan “balik kampung” semasa Ramadan seperti di Indonesia baru-baru ini.

Ketua pengarah kesihatan memaklumkan 6 kriteria tersebut perlu dinilai setiap kementerian dan agensi yang berkenaan sebelum menghentikan kawalan di sesuatu kawasan:

  • Kawalan sempadan
  • Kawalan pergerakan
  • Persediaan sistem kesihatan
  • Tindakan dan strategi melindungi kumpulan yang berisiko tinggi seperti penyakit yang menjalani kemoterapi dan penyakit kronik
  • Pengamalan norma baru seperti kerap membasuh tangan dan penjarakkan sosial
  • Kenal pasti kawasan dan kumpulan dalam komuniti yang berpotensi dijangkiti

Hisham berterus-terang mengatakan tiada jaminan PKP akan ditamatkan pada 28 Apr, dan belum ada sebarang keputusan sama ada kawalan akan disambungkan atau tidak.

“Sebelum tamatkan, kena tengok kes aktif iaitu kebarang jangkitan kes tersebut, kalau kita boleh kawal, kita boleh pertimbangkan tamat PKP.

“Kalau tamat pun, mungkin tidak akan tamatkan sekali gus, yang tidak ada kena mengena dengan sektor ekonomi mungkin boleh terus duduk di rumah,” katanya pada sidang media semalam

Hisham berkata kementerian sedang meneliti data dan perkembangan terkini jangkitan Covid-19 bersama Majlis Keselamatan Negara dan agensi lain yang terlibat.

Indonesia semalam mengenakan larangan balik kampung semasa Ramadan bagi mengekang penyebaran Covid-19 ketika jutaan rakyat bersesak pulang ke kampung.

Pakar perubatan republik itu memberi amaran membenarkan jutaan rakyat pulang ke kampung boleh mempercepatkan penularan penyakit itu

Sementara itu, Hisham berkata Malaysia belajar daripada pengalaman negara jiran berhubung jangkitan Covid-19 dalam kalangan warga asing.

Beliau ditanya adakah KKM bercadang menyaring semua warga asing, selepas Singapura hari ini mengesahkan penambahan 623 kes jangkitan, majoritinya melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama.

Penambahan itu menjadikan keseluruhan kes jangkitan di Singapura kini 5,050 kes.

Hisham sebelum ini berkata KKM menjalan saringan secara besar-besaran ke atas pekerja asing di beberapa lokasi panas Covid-19.

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...