NEGARAKU AM Kluster Sivagangga berkemungkinan besar 'super-spreader' – KP Kesihatan

Kluster Sivagangga berkemungkinan besar ‘super-spreader’ – KP Kesihatan

-

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengkaji sama ada kluster Sivagangga di Kedah merupakan kluster ‘super-spreader’ iaitu berupaya menjangkiti ramai orang, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata ini memandangkan kluster Sivangangga merebak dengan cepat berbanding kluster di Sarawak dan sebagainya.

“KKM kena laksana ujian dengan teliti, dan akan kulturkan virus tersebut di makmal serta melihat kepada susunan genomik,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di KKM di sini, hari ini.

Jelasnya pada masa ini KKM berjaya mengawal peningkatan mendadak kes COVID-19 daripada kluster Sivagangga.

Mengulas mengenai jangkitan yang berlaku di Australia, Dr Noor Hisham berkata COVID-19 merebak di Victoria kerana seorang tidak patuh prosedur operasi standard (SOP) di pusat kuarantin dan menjangkiti seluruh komuniti dan satu negeri.

“Petang tadi saya mengadakan telesidang dengan rakan sejawat saya di Melbourne. Saya dimaklumkan kes jangkitan tertumpu kepada seorang individu yang balik dan membawa jangkitan kepada semua orang,” katanya.

Beliau berkata keadaan itu adalah sepertimana berlaku dalam kluster Sivagangga.

“Seorang individu yang balik dan membawa jangkitan tetapi tidak mematuhi SOP akan menyebabkan orang lain dijangkiti,” katanya.

Mengulas mengenai penglibatan KKM dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah nanti, Dr Noor Hisham berkata SOP yang dilaksanakan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini dan akan digunakan di PRK DUN Slim, bakal dijadikan penanda aras.

Beliau berkata pihaknya akan bekerjasama dengan beberapa agensi bagi menambah baik SOP yang akan disyorkan pada PRN Sabah, kelak.

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...