BERITA Kluster Sivagangga: Jangan sembunyi, siapa singgah kedai nasi kandar...

Kluster Sivagangga: Jangan sembunyi, siapa singgah kedai nasi kandar Napoh sila tampil jalani ujian COVID-19 – Polis

-

JITRA: Polis meminta kerjasama orang ramai yang pernah makan atau singgah di sebuah kedai nasi kandar di Pekan Napoh di sini supaya menjalani pemeriksaan saringan di klinik kesihatan dengan segera bagi memastikan mereka tidak dijangkiti COVID-19.

Ia susulan penahanan seorang lelaki berusia 57 tahun yang juga pengusaha kedai nasi kandar berkenaan kerana ingkar perintah kuarantin di rumah dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari India 13 Julai lalu.

Dia ditahan di hadapan kedainya dan ketika itu masih memakai gelang merah jambu sebelum dia dikompaun RM1,000.

Bagaimanapun semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan lelaki itu positif COVID-19 ketika melakukan pemeriksaan saringan kedua dan lima lagi yang juga kontak rapat dengannya disahkan positif dari kluster Sivagangga.

Empat pesakit itu adalah pekerja bukan warganegara dan seorang lagi adalah anak lelaki lelaki berkenaan yang kesemua mereka kini sedang dirawat di hospital.

Tinjauan di lokasi kedai nasi kandar itu hari ini mendapati, premis itu ditutup sepenuhnya dan dipantau oleh pihak polis.

Selain itu, notis penutupan premis itu turut ditampal di bahagian dalam oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk siasatan lanjut.

Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, kedai nasi kandar itu diarahkan tutup serta-merta sejurus lelaki itu ditahan minggu lalu.

Bagaimanapun katanya, pihaknya percaya ramai lagi pelanggan singgah makan di situ sepanjang tempoh 13 Julai hingga 24 Julai lalu.

“Kepada masyarakat yang ada berhubung kait dengan restoran tersebut mulai tarikh 13 sehingga ke 24 haribulan saya nasihatkan jangan sembunyi-sembunyi lagi sila hadir ke pejabat Kementerian Kesihatan daerah untuk membuat saringan awal. Perkara ini jangan kita sembunyi,” kata Mohd Ismail ketika ditemui di sini hari ini.

Pihak polis juga katanya bimbang jika langkah ini tidak diambil, berkemungkinan ramai yang akan dijangkiti.

Beliau bagaimanapun menasihatkan orang ramai supaya tidak panik dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pelitup muka dan cecair pembasmi kuman sepanjang masa dan melakukan pemeriksaan sekiranya bergejala.

Sementara itu, seorang penduduk di pekan Napoh, Dr Khairuddin Md Isa berkata, hari ini lebih 20 individu yang juga penduduk setempat di kawasan itu melakukan pemeriksaan saringan di Klinik Rakyat Satu Malaysia di Napoh.

Beliau yang juga pensyarah di Universiti Malaysia Perlis berkata, penduduk di situ bimbang wabak COVID-19 menular di kawasan itu walaupun sebahagian mereka tidak pernah makan di kedai nasi kandar berkenaan. Awani

Berita COVID-19

Berita terkini

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

ADUN Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan positif COVID-19. Menerusi hantaran di akaun...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil dilayangkan 'kad merah' dan empat...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di sini, pagi tadi, dikesan dipandu...

Banjir teruk landa beberapa negara Asia

HYDERABAD: Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh berikutan hujan lebat dan banjir yang melanda selatan India. Di Hyderabad, sembilan orang terbunuh selepas...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...