POLITIK Latheefah Koya Letak Jawatan, Kembalikan Kemandirian SPRM - Asyraf

Latheefah Koya Letak Jawatan, Kembalikan Kemandirian SPRM – Asyraf

-

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyambut baik perletakan jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya, yang juga merupakan bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Selepas perletakan jawatan Peguam Negara Tommy Thomas, ini merupakan berita kedua perletakan jawatan melibatkan lantikan politik Kerajaan PH terdahulu yang bukan sahaja mencabuli institusi-institusi penting negara bahkan menamatkan awan hitam yang menyelubungi prinsip kedaulatan undang-undang ‘Rule of Law’ selama 21 bulan.

Demi mengembalikan kemandirian SPRM dan memartabatkan prinsip Kedaulatan Undang-Undang, Pemuda UMNO dengan ini menuntut lima perkara berikut:

(1) Meletakkan SPRM dibawah kuasa Parlimen, supaya institusi ini benar-benar bebas dan dilihat bebas daripada pengaruh politik;

(2) Membuka kembali kertas siasatan rasuah dan pecah amanah yang melibatkan pemimpin-pemimpin PH yang dihentikan termasuklah skandal rasuah terowong dasar laut dan 3 lebuhraya melibatkan pemimpin DAP Lim Guan Eng bernilai RM6.3 bilion;

(3) Meneruskan kertas siasatan dan pendakwaan rasuah yang melibatkan pemimpin-pemimpin politik tanpa pilih kasih termasuklah pemimpin parti Kerajaan Baharu seperti bekas Exco Melaka PPBM Mohd Rafiq Naizamohideen dan mana-mana juga pemimpin parti samaada UMNO mahupun PAS, jika ada;

(4) Melantik segera Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu yang tidak sesekali terkait dengan mana-mana parti politik, jauh sekali yang pernah memegang jawatan parti sepertimana amalan Kerajaan PH terdahulu; dan

(5) Menghentikan amalan lantikan politik dalam badan-badan yang menjadi tonggak keadilan dan kedaulatan undang-undang termasuklah Institusi Peguam Negara, SPRM dan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Justeru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sekali lagi menegaskan akan keperluan Kerajaan Baharu dibawah YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin untuk menggandakan usaha memerangi rasuah dengan memastikan kemandirian SPRM, demi memulihkan keyakinan rakyat dan pelabur pada institusi-institusi penting yang menjadi wajah sistem keadilan di Malaysia.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

6 Mac 2020

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...