BERITA Lelaki terjun sungai ditemukan lemas

Lelaki terjun sungai ditemukan lemas

-

BATU PAHAT: Mayat seorang lelaki yang dipercayai terjun ke dalam sungai berhampiran Jambatan Parit Warijo, Sri Medan, Yong Peng di sini yang dilaporkan hilang dua hari lepas ditemukan pagi ini.

Mangsa, Lim Yong Lee, 38, ditemui kira-kira pukul 8.10 pagi oleh pasukan penyelamat dari Pasukan Keluaran Operasi (PKO) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng.

Komander Operasi, Othman Mohd. Baher berkata, mangsa ditemui kira-kira satu kilometer (KM) dari lokasi terakhir mangsa yang dilihat saksi kejadian.

“Pihak kita sudah melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak 18 Julai iaitu Sabtu lalu selepas menerima panggilan pada pukul 9.15 malam.

Berdasarkan keterangan daripada saksi kejadian, mangsa dipercayai terjun ke dalam sungai itu dari atas Jambatan Parit Warijo,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan, lelaki itu bertindak demikian selepas mengalami tekanan susulan masalah kewangan yang dihadapinya.

Othman berkata, mayat Yong Lee kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Berita terkini

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

ADUN Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan positif COVID-19. Menerusi hantaran di akaun...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil dilayangkan 'kad merah' dan empat...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di sini, pagi tadi, dikesan dipandu...

Banjir teruk landa beberapa negara Asia

HYDERABAD: Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh berikutan hujan lebat dan banjir yang melanda selatan India. Di Hyderabad, sembilan orang terbunuh selepas...

Datuk Seri berjaya lari dibantu dua pengawal peribadi

Bukan melarikan diri bersendirian sebaliknya Datuk Seri yang dikaitkan dengan sindiket Macau Scam didapati dibantu dua pengawal peribadi ketika...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...