BERITA Lim Guan Eng didakwa esok?

Lim Guan Eng didakwa esok?

-

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkemungkinan akan didakwa di mahkamah Jalan Duta berhubung skandal projek terowong dasar laut negeri itu esok.

Malah sejak petang tadi khabar angin bertebaran yang bekas Menteri Kewangan itu akan ditahan malam ini.

Difahamkan oleh sumber ada kemungkinan beliau akan didakwa esok berhubung projek terowong dasar laut pagi esok.

Ketika ini Guan Eng telah pun tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya ditemani peguamnya RSN Rayer.

Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sejak 2008 sehingga 2018.

Ahli Parlimen Bagan (DAP) dan Setiausaha Agung DAP itu sebelum telah dipanggil tiga kali untuk memberi keterangan dalam kes projek terowong dasar laut kerajaan Pulau Pinang yang telah menimbulkan banyak persoalan.

Difahamkan terdapatnya bukti baharu berhubung kes terowong bawah tanah itu namun tidak dapat dipastikan lagi kesahihan perkara itu lapor MalaysiaGazette.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan beberapa EXCO dan bekas EXCO kerajaan Pulau Pinang turut memberi keterangan kepada suruhanjaya itu berhubung projek mega berkenaan yang membabitkan anggaran kos keseluruhan RM6.3 bilion.

Sehingga kini, SPRM sudah menahan seorang bekas pegawai Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan tiga syarikat diserbu kerana dipercayai ada kaitan dengan projek berkenaan.

Kes itu disiasat oleh SPRM sejak 2017. – MalaysiaGazette

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...