BERITA Lima parah dalam kemalangan di Simpang Ampat

Lima parah dalam kemalangan di Simpang Ampat

-

SEREMBAN — Lima cedera parah dalam satu kemalangan di kilometer 222.7 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan yang melibatkan empat buah kenderaan termasuk sebuah treler, malam ini.

Ketua Polis Daerah Rembau DSP Anuar Bakri Abdul Salam berkata, kemalangan yang berlaku pada 10.14 malam berhampiran susur keluar Simpang Ampat itu, turut membabitkan tiga buah kenderaan lain jenis Toyota Hilux, Nissan Grand Livina dan Honda Jazz.

“Maklumat penuh mereka yang mengalami kecederaan parah masih belum diperolehi. Kesemua mangsa telah dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Alor Gajah, Melaka untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Anuar Bakri berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku selepas treler yang dalam perjalanan dari Klang, Selangor ke arah Melaka, berada di lorong kiri lebuh raya sebelum hilang kawalan sehingga terbalik dan melintang di tengah-tengah lebuh raya itu.

“Kemudian kenderaan Honda Jazz, Toyota Hilux dan Nissan Grand Livina, yang datang dari arah yang sama, telah tidak sempat mengelak, merempuh bahagian badan treler tersebut.

“Akibat kemalangan itu, pemandu dan tiga penumpang Honda Jazz serta pemandu Toyota Hilux, cedera parah manakala pemandu Nissan Grand Livina dan treler itu tidak mengalami kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, seramai sembilan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson dikerah ke lokasi kejadian, sebaik menerima panggilan kecemasan.

— BERNAMA

 

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...