BERITA Mary Kay, guru perkosa dan kahwini pelajar sendiri meninggal...

Mary Kay, guru perkosa dan kahwini pelajar sendiri meninggal dunia pada usia 58 tahun

-

Mary Kay Letourneau, 58, seorang guru yang pernah menjadi buruan tabloid pada akhir 1990-an kerana memperkosa seorang pelajar berusia 13 tahun dan mengahwininya setelah dihukum penjara, meninggal dunia.

Peguamnya, David Gehrke memberitahu Letourneau meninggal akibat kanser di Seattle, Amerika Syarikat.

Ketika menghembuskan nafas terakhirnya di kediamannya, dia dikelilingi oleh anak-anaknya dan bekas suaminya Vili Fualaau yang juga bekas pelajar yang dikahwininya.

Pasangan ini mempunyai 2 orang anak sebelum Fualaau berusia 15 tahun.

Pasangan ini mempertahankan hubungan mereka atas persetujuan bersama dan sebaik Letourneau selesai menjalani hukuman penjara 7 tahun, pasangan ini berkahwin pada 2005.

Biarpun pun dikecam hebat kerana tingkah lakunya sebagai pemangsa terhadap kanak-kanak, namun lama-kelamaan ramai yang tertarik dengan hubungan mereka yang berlanjutan sehingga Fualaau dewasa.

Bagaimanapun pasangan ini berpisah pada 2019.

Letourneau merupakan seorang guru di Highline School District, Seattle, di mana dia mengajar Fualaau ketika dia di gred 2 dan 6.

Dan Letourneau ketika itu berusia 34 tahun ketika mula menjalinkan hubungan seksual dengan Fualaau yang ketika itu baru berusia 12 tahun pada 1996 .

Mereka menimang cahaya mata pertama pada 1997 ketika dia menunggu hukuman setelah mengaku bersalah atas tuduhan merogol kanak-kanak.

Selesai menjalani hukuman penjara selama 3 bulan, dia melanggar perintah mahkamah supaya menjauhkan diri dari Fualaau, yang menyebabkan dia kembali ke penjara untuk hukuman 7 tahun.

Letourneau kemudiannya melahirkan anak kedua pada 1998, tidak lama selepas dia dipenjarakan untuk kali kedua.

Pada tahun yang sama, pasangan ini menulis bersama sebuah buku bertajuk “Un Seul Crime, L’Amour”, atau “Only One Crime, Love” .

Fualaau tidak pernah menyatakan dia adalah mangsa dalam kes terbabit.

Setelah dibebaskan dari penjara pada 2004, Letourneau diminta untuk tidak berhubungan dengan Fualaau, yang berumur 21 tahun.

Tetapi Fualaau berjaya menentang keputusan mahkamah sehingga akhirnya perintah itu dibatalkan dan pasangan ini akhirnya berkahwin pada 2005.

Wanita ini secara konsisten menggambarkan hubungan mereka itu sebagai cinta terlarang.

“Adakah saya menyesal dia adalah ayah kepada anak-anak saya, kami berkahwin dan inilah lelaki dalam hidup saya? Tidak, sama sekali tidak,” ujarnya dalam dokumentari A&E yang diterbitkan pada 2018.

Berita terkini

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

ADUN Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan positif COVID-19. Menerusi hantaran di akaun...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil dilayangkan 'kad merah' dan empat...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di sini, pagi tadi, dikesan dipandu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...