POLITIK NAJIB RAZAK Najib anggap PAS sahabat sejati, Zahid mahu Umno teliti...

Najib anggap PAS sahabat sejati, Zahid mahu Umno teliti semula kerjasama

-

Bekas perdana menteri yang didapati bersalah menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd menganggap pemimpin PAS sebagai “sahabat sejati yang sukar ditemui”.

Datuk Seri Najib Razak berkata demikian ketika dikunjungi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di kediamannya malam tadi selepas seharian di mahkamah.

Turut hadir sebagai tanda sokongan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

“Sahabat sejati bukan sahaja mereka yang bersama ketika susah atau senang.

“Tetapi juga mereka yang sentiasa mendoakan kita,” catat bekas presiden Umno di Facebook.

“Sahabat sejati yang sukar ditemui. Jika di sisi, saya hargai dan saya tahu itulah anugerah Allah SWT.”

PAS dan Umno yang membentuk Muafakat Nasional (MN) bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memerintah kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Namun nada berlainan dengan Presiden Umno Datuk Ahmad Zahid Hamidi selepas keputusan mahkamah yang mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram.

Tidak menjelaskan secara terperinci, Zahid di Twitter membayangkan Umno harus menilai semula kerjasama dengan parti lain.

“Untuk berkongsi hidup, apatah lagi berkongsi kuasa, keikhlasan dan kejujuran merupakan prinsip utama perkongsian.

“Bila keikhlasan dan kejujuran diketepikan, sebarang perkongsian harus dinilai semula,” catatnya hari ini, dengan tanda pagar #UMNObangkit.

Najib semalam didapati bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa dana SRC, iaitu bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Rujukan:

[Video] Wallahi Wabillahi Watallahi, Saya Tidak Meminta Atau Tahu Tentang RM42 juta – Najib

PAS Parti Islam Yang Tak Malu kerana mengunjungi Najib, Kata Tony Pua

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...