POLITIK NAJIB RAZAK Najib fail 3 notis rayuan ketepikan sabitan

Najib fail 3 notis rayuan ketepikan sabitan

-

Bekas perdana menteri Najib Razak memfailkan 3 notis rayuan untuk mengetepikan sabitannya terhadap hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas 7 pertuduhan berkaitan dana RM42 juta milik SRC International.

Peguam Harvinderjit Singh berkata, notis itu difailkan di Mahkamah Tinggi petang ini.

“Tiga notis difailkan kerana beliau didakwa dengan 3 set pertuduhan secara berasingan 2 tahun lalu,” katanya kepada FMT.

Pada 4 Julai 2018, Najib, 67, yang juga ahli Parlimen Pekan, meminta dibicarakan di Mahkamah Sesyen atas kesalahan menyalahgunakan kuasa dan 3 tuduhan pecah amanah kerana menyelewengkan dana RM42 juta.

Pada 8 Ogos 2018, beliau didakwa dengan 3 tuduhan pengubahan wang haram yang membabitkan jumlah sama.

Kes itu kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Selasa lalu, hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib atas kesalahan penyalahgunaan kuasa atau tambahan 5 tahun penjara, jika gagal membayar denda itu.

Beliau juga menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara ke atas Najib atas 6 tuduhan pecah amanah jenayah (CBT) dan pengubahan wang haram.

Bagaimanapun, hakim memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak, yang bermaksud Najib akan menjalani hukuman 12 tahun penjara.

Nazlan juga membenarkan permohonan pasukan pembelaan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan.

Bagaimanapun, ikat jamin Najib dinaikkan daripada RM1 juta kepada RM2 juta dengan 2 penjamin, yang dibayarnya semalam.

Nazlan turut mengarahkan Najib melaporkan diri ke balai polis pilihannya pada setiap 1 dan 15 haribulan. FMT

[Video] Wallahi Wabillahi Watallahi, Saya Tidak Meminta Atau Tahu Tentang RM42 juta – Najib

[Video] Keputusan Kes SRC: Najib bersalah semua 7 pertuduhan

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...