BERITA Orang Sibuk Perang Covid-19, Iran Pula Pergi Lancar Satelit...

Orang Sibuk Perang Covid-19, Iran Pula Pergi Lancar Satelit Pertahanan

-

Rabu lepas, Iran mengumumkan mereka telah berjaya melancarkan sebuah satelit ketenteraan ke orbit dan pelancaran itu mencetuskan kebimbangan ketika Amerika Syarikat (AS) mengancam akan memusnahkan bot Iran yang mengganggu kapal Tentera Laut AS.

Pasukan Pengawal Revolusi Iran menganggap ia satu kejayaan ketika situasi hubungan kedua-dua negara itu agak tegang pada masa kini.

Kedua-dua negara seperti tidak mengendahkan krisis wabak COVID-19 yang berlaku di dunia sekarang sebaliknya sibuk dengan hal ketenteraan masing-masing.

“Hari ini, kami sudah boleh melihat bumi dari angkasa. Ini adalah permulaan kepada pembentukan satu kuasa besar dunia,” kata Komander unit elit pasukan itu Hossein Salami yang dipetik agensi berita Fars.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Tindakan Iran itu dilihat sebagai satu tindak balas selepas Presiden AS, Donald Trump menghantar satu ciapan di Twitter bahawa beliau sudah mengarahkan armada tentera lautnya untuk menghapuskan bot-bot Iran.

Setiausaha Negara AS Mike Pompeo mengesahkan dakwaan Amerika bahawa program angkasa lepas Iran dibentuk untuk tujuan ketenteraan dan bukannya sebagai satu usaha komersial.

“Saya fikir Iran perlu bertanggungjawab atas apa yang mereka telah lakukan,” katanya kepada wartawan di Washington.

Iran tetap dengan pendirian mereka bahawa mereka tidak merancang untuk menghasilkan senjata nuklear dan menegaskan aktiviti program angkasa lepas mereka adalah selamat dan mematuhi Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Laman web pasukan pengawal berkenaan Sepahnews, menceritakan bahawa satelit itu yang dikenali sebagai “Nur” yang bermaksud cahaya dilancarkan dari Gurun Markazi, satu kawasan dataran tinggi yang luas di Iran.

Satelit itu memasuki orbit mengelilingi bumi pada ketinggian 425 kilometer di atas paras laut, menurut Sepahnews.

Amerika bimbang kerana satelit itu dikatakan mampu meningkatkan keupayaan Iran untuk melancarkan program peluru berpandu jarak jauh mereka.

Dengan kes COVID-19 di AS yang sudah mencecah 842,624 kes pada 23 April 2020 yang lalu, dan yang tertinggi di dunia, Trump masih sibuk hendak mencari masalah dengan negara lain daripada mengambil langkah drastik memutuskan rantaian jangkitan penyakit berkenaan di negaranya.

Kematian di Amerika sudah berjumlah 46,785 orang akibat wabak itu. – TRI

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...