POLITIK PAS Parti Islam Yang Tak Malu kerana mengunjungi Najib,...

PAS Parti Islam Yang Tak Malu kerana mengunjungi Najib, Kata Tony Pua

-

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menyelar tindakan PAS yang mengadakan kunjungan terhadap Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Menurut Ahli Parlimen Damansara itu, tindakan parti yang berdasarkan agama Islam itu sebagai tidak malu kerana melawat penjenayah terbesar negara.

“Inilah dia. Persahabatan karib antara penjenayah terbesar negara (dan terkenal antarabangsa), Najib Razak dengan pemimpin-pemimpin parti berdasarkan agama.

“Kononnya parti ini menegakkan keadilan, akhlak dan alim. Langsung tak malu.

“Apakah mesej yang nak disampaikan kepada rakyat Malaysia, terutamanya anak muda kita? Bahawa, salahgunakuasa, pecah amanah, pengubahan wang haram dan rasuah adalah semua OK? soalnya melalui satu kemaskini di laman Facebook sebentar tadi.

Terdahulu Najib memaklumkan menerima kunjungan tetamu yang disifatkan sebagai “sahabat sejati” di kediaman beliau malam tadi.

Ia susulan keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mensabitkan Najib bersalah terhadap 7 pertuduhan rasuah membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Menerusi hantaran gambar di akaun Facebook beliau, Najib dilihat berdiri bersama beberapa ahli pimpinan tertinggi PAS.

“Saya ada tetamu lewat malam tadi. Tidak perlulah saya mengulas panjang.

“Sahabat sejati bukan sahaja mereka yang bersama ketika susah atau senang. Tetapi mereka yang sentiasa mendoakan kita,” tulisnya.

Antara yang hadir melawat beliau Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Tuan Ibrahim Tuan Man, setiausaha agung Takiyuddin Hassan dan ahli majlis Syura, Khairuddin Aman Razali.

Semalam, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah terhadap semua pertuduhan berkenaan. SUARA.tv

Berita terkini

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

ADUN Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan positif COVID-19. Menerusi hantaran di akaun...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil dilayangkan 'kad merah' dan empat...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di sini, pagi tadi, dikesan dipandu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...