BERITA Pasangan kekasih ditahan JAIK tinggal serumah

Pasangan kekasih ditahan JAIK tinggal serumah

-

ALOR SETAR: Seorang wanita berstatus isteri orang dicekup berkhalwat dengan pasangannya yang juga suami orang di sebuah unit kondominium di Jalan Langgar, di sini malam tadi hasil maklumat awam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Radzi Abdul Mutalib, berkata wanita berusia 32 tahun dan pasangannya berusia 39 tahun itu ditahan dalam pemeriksaan jam 11.40 malam.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh, pasangan itu dipercayai sudah empat hari tinggal bersama di sebuah kediaman itu.

“Wanita yang bekerja di syarikat swasta itu memberi alasan sudah tidak sefahaman dengan suaminya dan menjalinkan hubungan dengan lelaki berkenaan yang bekerja di syarikat pengiklanan.

“Ketika pemeriksaan dilakukan pasangan itu gagal menunjukkan sebarang hubungan mahram atau suami isteri malah mengaku masing-masing sudah berkahwin,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana berkhalwat, sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...