EDITORIAL Pasukan Khas Atasi Penyeludupan PATI Melalui Jalan Tikus Wajar...

Pasukan Khas Atasi Penyeludupan PATI Melalui Jalan Tikus Wajar Dipuji

-

Pasukan petugas khas yang ditubuhkan bagi memantau pergerakan individu yang cuba keluar dan masuk ke Malaysia tanpa jalan sah hingga merisikokan rakyat walaupun wabak Covid-19 reda selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir, wajar dipuji.

Ia menunjukkan bagaimana Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan kementeriannya bertindak pantas untuk membendung sebarang masalah yang melibatkan kemasukan warga asing secara haram melalui jalan tikus.

Apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa adalah belajar daripada pengalaman China kerana walaupun kawalan pergerakan dilaksanakan di negara tersebut, wabak berkenaan masih berlaku.

Ini kerana pergerakan tanpa kawalan yang ketat di sempadan boleh menyebabkan wabak Covid-19 kembali meningkat.

Justeru apabila pasukan petugas berkenaan ditubuhkan, ia akan menjadi senjata ampuh dalam usaha memutuskan rangkaian Covid-19, apatah lagi negara jiran iaitu Indonesia mempunyai kes Covid-19 yang agak tinggi.

Sehingga Selasa, Indonesia merekodkan 7,135 kes dengan jumlah kematian 616 orang.

Tindakan tepat kerajaan Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan khas ini adalah amat terpuji bagi mengelak berlakunya kluster-kluster baru, apatah lagi sebelum ini ramai yang memperkatakan tentang kluster yang baru pulang dari Indonesia.

Untuk rekod penubuhan pasukan khas ini telah diumumkan oleh Hamzah beberapa hari lalu ketika beliau mengadakan lawatan ke sempadan Malaysia-Thailand di Pasir Mas dan Tumpat.

Ketika lawatannya itu, beliau mendapati terdapat 88 laluan tikus yang digunakan oleh penyeludup untuk menyeludup pelbagai barangan di sepanjang Sungai Golok di Tumpat dan Pasir Mas ketika ini.

“Laluan tikus dan pangkalan ini pula sering berubah-ubah pada setiap masa dan ia memerlukan satu strategi yang berkesan dalam menangani masalah penyeludupan yang berlaku di sempadan sejak sekian lama,” katanya.

Selain itu tindakan pantas KDN yang menangkap dua lelaki etnik Rohingya yang juga dalang kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) di sekitar perairan utara negara ini dalam Op Dallal melalui dua serbuan berasingan, pada 16 dan 18 April lalu, wajar dipuji.

Dallal bermaksud ejen darat dalam bahasa Bangladesh. Mereka mengaut keuntungan besar menerusi penyeludupan pendatang tanpa izin ke negara ini serta eksploitasi warga kerja asing secara haram. Malah setiap seorang warga asing itu membayar Dallal sehingga RM15,000.

Justeru apabila dalang ini ditangkap, rakyat berasa lega kerana tindakan pantas dilakukan untuk aktiviti seumpama ini.

Yang pasti, rakyat berbangga dengan pihak berkuasa yang cepat bertindak untuk membendung kemasukan pendatang haram menerusi jalan tikus ini.

Tahniah KDN.

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...