POLITIK PATRIOT ‘berpolitiking’, tak peduli kestabilan politik

PATRIOT ‘berpolitiking’, tak peduli kestabilan politik

-

PH gelojoh apabila desak Dr M hingga memaksa beliau letak jawatan

(Ismaweb) – Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT) sengaja mahu `berpolitiking’ untuk kepentingan tertentu tanpa mempedulikan kestabilan politik negara.

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary membangkitkan perkara itu, apabila persatuan itu menempelak kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa bahawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin umpama tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong.

“Saya percaya sanggahan PATRIOT terhadap kenyataan Presiden PAS tidak mewakili suara hati veteran polis dan tentera,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Presiden PATRIOT, Datuk Mohamed Arshad Raji menyanggah kenyataan Abdul Hadi yang mengatakan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri umpama tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong.

“Ini mendedahkan dua ciri beliau, sama ada dia kurang cerdik tentang sistem Westminster yang membina sistem raja berperlembagaan kita, atau dia tidak berprinsip dan cuba mengelirukan masyarakat luar bandar untuk mendapatkan sokongan politik,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk berkata, Mohamed Arshad sepatutnya peka dengan cadangan Abdul Hadi yang telah mengusulkan undi percaya kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

Beliau berkata, tindakan Abdul Hadi kepada Dr Mahathir itu adalah sebagai satu sokongan untuk memastikan kepimpinan beliau diteruskan hingga akhir penggal.

“ Namun, disebabkan kegelojohan Pakatan Harapan (PH) yang mendesak Dr Mahathir menetapkan tarikh peralihan kuasa, telah menyebabkan beliau meletakkan jawatan pada 24 Februari lalu.

“Peletakan jawatan Tun Dr Mahathir menandakan berakhirnya kerajaan pimpinan PH. Justeru, bagaimana untuk membentuk sebuah kerajaan yang baharu?” soalnya.

Pada masa sama, Ahmad Marzuk menegaskan bahawa proses pembentukan kerajaan baharu telah dilakukan dengan penuh kebijaksanaan oleh Yang di-Pertuan Agong, selain membabitkan semua Ahli Parlimen dan pihak lain seperti ketua hakim negara, peguam negara dan Majlis Raja-Raja.

Malah, katanya, keputusan memilih Muhyiddin sebagai perdana menteri kelapan juga adalah berdasarkan proses demokratik yang telus.

“Mengapa setelah proses yang adil dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong, masih timbul lagi suara-suara sumbang mendesak undi tidak percaya terhadap perdana menteri?

“Bukankah ini masa terbaik untuk memberi ruang kepada kerajaan melaksanakan dasar dan program yang lebih baik demi kebaikan rakyat?” soalnya lagi.

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...