POLITIK Pemikiran sempit DAP, Hannah Yeoh memburukkan kepimpinan Islam

Pemikiran sempit DAP, Hannah Yeoh memburukkan kepimpinan Islam

-

Pemikiran sempit Dap mengaitkan isu berkontekskan agama adalah kolot dan biadap, bidas Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris.

Beliau berkata demikian berikutan kenyatan Hannah Yeoh iaitu bekas Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWK) menghina perlantikan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff sebagai Timbalan Menteri KPWK.

“Kenyataan Hannah Yeoh seolah-olah merendahkan kemampuan dan kebolehan Timbalan Menteri yang baru.

“Beliau juga mengatakan bagaimana negara boleh membendung gejala perkahwinan bawah umur jika timbalan menterinya datang daripada parti Islam, PAS.

“Ini adalah tuduhan yang melampau dan cuba menimbulkan ketakutan dalam kalangan masyarakat dengan memburukkan kepimpinan Islam seolah-olah mengatakan Islam menyokong perkahwinan bawah umur,” katanya dalam kenyataan berkaitan isu tersebut.

Jelasnya, kes perkahwinan bawah umur bukan berpunca daripada masyarakat Islam tetapi banyak disumbang oleh bukan Islam.

“Berdasarkan statistik 2017, seramai 1,845 orang kanak-kanak bawah umur telah berkahwin dengan pasangan dewasa. Daripada jumlah ini, 968 adalah kanak-kanak bukan Islam manakala 877 kanak-kanak adalah beragama Islam.

“Ini adalah isu nasional. Pemikiran sempit Dap mengatakan isu ini berkontekskan agama adalah kolot dan biadap.

“Kepada Hannah Yeoh ‘ibarat meludah ke langit terkena muka sendiri’,” katanya lagi. – UMNO Online

Berkaitan:
Lim Kit Siang Dibidas Jangan Hina Islam… Lebih Baik Cermin Diri, Fokus Moral Ahli Dap

Islamophobia Guan Eng sudah melampau

Berita terkini

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

ADUN Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan positif COVID-19. Menerusi hantaran di akaun...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil dilayangkan 'kad merah' dan empat...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di sini, pagi tadi, dikesan dipandu...

Banjir teruk landa beberapa negara Asia

HYDERABAD: Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh berikutan hujan lebat dan banjir yang melanda selatan India. Di Hyderabad, sembilan orang terbunuh selepas...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...