NEGARAKU AM Perhimpunan perayaan tertakluk kepada kuasa KP Kesihatan

Perhimpunan perayaan tertakluk kepada kuasa KP Kesihatan

-

Perhimpunan yang dibenarkan untuk sambutan perayaan Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai Dayak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih tertakluk kepada sebarang arahan Ketua Pengarah Kesihatan.

Perkara ini dinyatakan dalam Peraturan 7 (2) (a), Warta Kerajaan Persekutuan mengenai Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.6) 2020 yang dikeluarkan laman sesawang Jabatan Peguam Negara, semalam.

Sub peraturan (2) di bawah Peraturan 7 itu menyebut  “walau apa pun subperaturan (1), seseorang boleh berhimpun atau terlibat dalam suatu perhimpunan –  (a) bagi Hari Raya Puasa, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai Dayak tertakluk kepada apa-apa arahan Ketua Pengarah Kesihatan, dan (b) bagi  pengebumian, dengan syarat orang yang hadir ke pengebumian itu tidak melebihi 20.”

Warta itu yang ditandatangani Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menyatakan bahawa, Peraturan-Peraturan itu berkuatkuasa dari tempoh 13 Mei, 2020 hingga 9 Jun, 2020.

Warta itu turut menyatakan bahawa mana-mana orang yang memandu kenderaan persendirian tidak boleh membawa lebih daripada tiga penumpang dan penumpang itu hendaklah orang yang tinggal serumah dengannya.

Peraturan-Peraturan itu juga menyatakan tiada seorang pun boleh melakukan, menganjurkan, mengusahakan atau terlibat dalam mana-mana aktiviti terlarang dalam mana-mana kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan tempatan jangkitan di bawah Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Warta itu menyenaraikan 15 aktiviti terlarang yang menyebabkan ramai orang berhimpun iaitu aktiviti hiburan, riadah, sukan,  kelab malam, perayaan keagamaan, kebudayaan dan kesenian,  perniagaan,  perjudian, penggunaan bilik acu di dalam kedai pakaian, mencuba aksesori fesyen, perkhidmatan di kedai gunting rambut dan salun kecantikan, penggambaran filem, drama, dokumentari dan iklan serta aktiviti kapal persiaran dan perkhidmatan pelancongan.

Peraturan 6 (1) menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh bergerak dari satu kawasan tempatan jangkitan ke suatu kawasan tempatan jangkitan yang lain kecuali untuk pergi dan balik kerja.

Peraturan-Peraturan itu juga menyatakan  Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri masing-masing boleh menghadiri persidangan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Bagi pengangkutan awam seseorang pemegang lesen atau permit mana-mana pengangkutan awam darat, laut atau udara untuk membawa penumpang hendaklah memastikan pengangkutan awam yang berhubungan dengan lesen atau permitnya tidak membawa lebih daripada separuh jumlah kapasiti maksimum bilangan penumpang yang boleh dibawa di dalam pengangkutan awam itu bagi setiap perjalanan.

Sementara itu, pemandu kereta sewa, teksi, teksi lapangan terbang, teksi mewah atau kenderaan e-hailing tidak boleh membawa lebih daripada dua penumpang bagi setiap perjalanan.

Bagi pengangkutan awam udara ke Negeri Sabah atau Sarawak dari Semenanjung Malaysia dan sebaliknya, Peraturan itu menyebut bahawa  pemegang lesen atau permit mana-mana pengangkutan awam udara untuk membawa penumpang hendaklah memastikan pengangkutan itu tidak membawa lebih daripada 66.6 peratus  jumlah maksimum faktor beban pengangkutan yang boleh dibawa bagi setiap perjalanan penerbangan berjadual dari Negeri Sabah atau Sarawak ke Semenanjung Malaysia.

Ia juga menyatakan pemegang lesen atau permit mana-mana pengangkutan awam udara untuk membawa penumpang boleh membawa jumlah kapasiti maksimum bilangan penumpang bagi setiap perjalanan penerbangan berjadual dari Semenanjung Malaysia ke Negeri Sabah atau Sarawak.

Bagi pemegang lesen atau permit mana-mana pengangkutan awam udara untuk membawa penumpang boleh membawa jumlah kapasiti maksimum bilangan penumpang bagi setiap perjalanan penerbangan tidak berjadual dari Semenanjung Malaysia ke Negeri Sabah atau Sarawak, jika kesemua penumpang itu adalah pelajar di Semenanjung Malaysia yang pulang ke Negeri Sabah atau Sarawak.

Sesiapa yang melanggar Peraturan-Peraturan itu boleh didenda tidak melebihi  RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. — Bernama

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...