POLITIK PH dakwa Pakej Rangsangan hasil reformasi kerajaan PH dua...

PH dakwa Pakej Rangsangan hasil reformasi kerajaan PH dua tahun laluPH dakwa Pakej Rangsangan hasil reformasi kerajaan PH dua tahun lalu

-

Tadi Anwar Ibrahim, calon Perdana Menteri PH ke-9 berkata bahawa Pakej Ransangan Ekonomi yang diumum oleh kerajaan semalam adalah hasil Reformasi yang dibuat oleh Kerajaan PH dahulu.

Setahu saya dalam tempoh 22 bulan dahulu, ini “Reformasi” yang dibuat oleh Kerajaan PH:

1. Jual harta negara lebih RM38 billion.

2. Tambah hutang negara RM138 billion.

3. Takutkan pelabur dengan propaganda tipu hutang RM1 trillion sehingga pelabur cabut lari dengan dana lebih RM10 billion setiap tahun.

4. Lemahkan pasaran saham sehingga jadi yang tercorot di Asia.

5. Rudumkan ekonomi sehingga pertumbuhan jatuh ke peringkat terendah dalam tempoh sepuluh tahun.

6. Jatuhkan nilai ringgit sehingga jadi matawang keempat terburuk di Asia.

7. Buang berbelas ribu penjawat penjawat awam dan rancang untuk buang atau tidak isi kekosongan bagi 80,000 penjawat awam setahun.

8. Potong bantuan kepada rakyat miskin, nelayan dan petani.

9. Memanggil rakyat pemalas dan kata mereka hanya harap bantuan kerajaan.

10. Tambah banyak cukai kepada rakyat tetapi kecualikan cukai kepada taikun dan menyenangkan mereka (taikun) untuk lari dari cukai.

11. Beri dividen atau pulangan terendah dalam sejarah bagi Tabung Haji (1.25%), ASB (5.5%) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (2%).

12. Degil tidak mahu sekat kemasukan pelancong asing walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah memberikan amaran berkenaan penularan COVID-19.

13. Dan lain-lain.

Oleh itu, nasihat saya kepada Anwar ialah:

Anda telah jadi bakal PM-5/6/7/8/9.

Mungkin Tuhan cuba beritahu sesuatu kepada anda.

Cuba cari kerja lain.

Oleh: Isham Jalil

Rujukan:
PH Dakwa Pakej Rangsangan Diumum PM Adalah Hasil Reformasi Kerajaan Dibuat Mereka Dua Tahun Lalu

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...