NEGARAKU AM PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik,...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

-

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

“Kalau lihat pada data, ia meningkat secara konsisten setiap hari. Kalau ada peningkatan, mungkin kita akan cadangkan,” katanya pada sidang media hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, jika tiada peningkatan kes dalam seminggu, maka PKPB tidak perlu dilanjutkan.

“Kalau tiba-tiba tidak ada peningkatan dalam seminggu ini, mungkin kita tak perlu.

“Jadi, kita sekarang tengah memantau setiap hari, sama ada perlu atau tidak (sambung PKPB). Yang nyata, kes sekarang makin meningkat.”

PKPB dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai 14 Okt hingga 27 Okt ini, susulan lonjakan kes Covid-19.

Hari ini, Selangor mencatatkan 76 kes baru dengan satu kluster baru dikesan.

Mengenai kesediaan KKM menangani gelombang ke-3 Covid-19, Hisham berkata, keadaan itu mencabar, tetapi KKM lebih bersedia berbanding gelombang pertama.

Setakat ini, katanya, tiada kekurangan katil, ubat-ubatan dan peralatan perlindungan peribadi (PPE).

Dalam kes Sabah, negeri yang paling teruk terjejas, beliau berkata, kerajaan membenarkan Jabatan Kesihatan Negeri melakukan pemerolehan darurat untuk apa yang diperlukan.

“Misalnya PPE tak cukup atau mereka perlu banyak bantuan pernafasan, mereka boleh buat pemerolehan di peringkat negeri.”

Katanya, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam turut meluluskan pengambilan 1,223 kakitangan baru yang terdiri daripada 624 jururawat gred U29, 336 penolong pegawai perubatan gred U29, 213 penolong pegawai kesihatan persekitaran gred U29 dan 50 juruteknologi makmal perubatan gred U29.

Beliau berkata, KKM akan mengeluarkan surat tawaran pelantikan kontrak kepada calon yang berjaya Isnin ini untuk mula bertugas pada 28 Okt.

Dalam perkembangan lain, Hisham berkata, KKM sedang mengkaji rawatan di rumah untuk pesakit berisiko rendah.

Katanya, kapasiti di hospital dan hospital sementara untuk merawat pesakit berisiko rendah mencukupi ketika ini.

“Penggunaan hanya 30%, tetapi kami sedang membincangkan pilihan ini.”

Baru-baru ini, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Masidi Manjun dilaporkan berkata, Jabatan Kesihatan Negeri menasihatkan pesakit Covid-19 dengan gejala “terkawal” untuk dirawat di rumah.

Hisham menjelaskan nasihat untuk pesakit kekal di rumah merujuk individu sedang menunggu keputusan ujian saringan mereka yang mungkin mengambil beberapa hari.

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...