NEGARAKU AM Polis Berjaya Kesan Wanita Dakwa Guna Kabel KPN

Polis Berjaya Kesan Wanita Dakwa Guna Kabel KPN

-

Polis berjaya mengesan seorang wanita yang mendakwa dirinya menggunakan ‘kabel’ Ketua Polis Negara (KPN) untuk mendapatkan kebenaran pulang ke Kuantan yang tular di laman sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Jalil Hassan berkata, wanita berusia 30an dan bekerja di Kuala Lumpur itu juga telah diambil rakaman percakapannya oleh Jabatan Siasatan Jenayah Pahang semalam.

Wanita itu mendakwa dirinya tidak berniat untuk menggunakan nama KPN, namun berbuat demikian kerana amat tertekan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga mengada-adakan cerita.

“Kita juga sedang menyiasat bagaimana dia boleh terlepas pulang ke rumah orang tuanya di sini pada 12 April lalu tanpa alasan kukuh bagi melakukan pergerakan dalam tempoh PKP,” katanya semasa dihubungi Bernama di sini hari ini.

Semalam, Abdul Hamid menegaskan bahawa beliau tidak pernah dihubungi atau memberikan keistimewaan kepada mana-mana individu untuk melakukan perjalanan tidak wajar sepanjang pelaksanaan PKP. – Bernama

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...