BERITA Polis tahan 19 individu terlibat parti liar, dadah

Polis tahan 19 individu terlibat parti liar, dadah

-

TAWAU ― Polis menahan 19 individu, termasuk tiga warga Indonesia, yang didapati positif dadah, terbabit dalam satu parti liar di sebuah rumah di Taman Nordin di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata kesemua 11 lelaki dan lapan wanita yang berumur antara 21-31 tahun itu ditahan dalam serbuan Ops Parti Liar pada pukul 8.30 pagi.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata mereka ditahan reman selepas pemeriksaan awal menerusi ujian air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah antaranya jenis Ketamine, Amphetamine dan Methamphetamine.

Katanya siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1957; Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, dan juga Seksyen 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020, kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Beliau berkata polis turut mengeluarkan notis kompaun di bawah Peraturan 3 Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 terhadap mereka. ― Bernama

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...