BERITA Polis Tahan Suspek Liwat Anak Jiran Lebih 20 Kali

Polis Tahan Suspek Liwat Anak Jiran Lebih 20 Kali

-

Nafsu buas seorang lelaki  walaupun ketika perintah kawalan pergerakan ( PKP ) yang sudah memasuki fasa ke-3 akhirnya membawa pada apabila Polis berjaya menahan seorang suspek yang meliwat anak jirannya semalam.

menurut laporan berita, Polis telah menahan seorang lelaki kerana meliwat anak jirannya lebih 20 kali apabila dia membawa kanak-kanak lelaki itu keluar berjalan-jalan termasuk bermalam di sebuah hotel bajet di sini sejak bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor, berkata polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia 33 tahun memaklumkan anak lelakinya berumur lapan tahun mengadu sakit dan pedih di bahagian duburnya setiap kali keluar dengan suspek berusia 57 tahun itu.

“Wanita itu membuat laporan polis pada 28 Mac lalu dan menurut ibu murid Tahun Dua berkenaan, lelaki berkenaan sudah beberapa kali membawa mangsa keluar bersiar-siar dalam pengetahuannya termasuk pada 17 Mac lalu apabila membawa budak itu tidur di sebuah hotel bajet.

“Anaknya juga beberapa kali mengadu bahagian dubur mangsa terasa sakit dan pedih. Wanita itu membuat laporan polis selepas mengesyaki ada yang tidak kena berdasarkan apa yang diceritakan kanak-kanak berkenaan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata polis membawa mangsa mendapatkan rawatan serta pemeriksaan doktor sebelum mendapati kanak-kanak itu diliwat.

Suspek sudah ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, polis juga sudah melengkapkan kertas siasatan dan pihak Timbalan Pendakwa Raya bersetuju untuk mendakwa lelaki yang belum berkahwin serta tidak bekerja itu di Mahkamah Butterworth esok dengan 23 pertuduhan meliwat. – BERNAMA

 

Berita terkini

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

ADUN Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan positif COVID-19. Menerusi hantaran di akaun...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil dilayangkan 'kad merah' dan empat...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di sini, pagi tadi, dikesan dipandu...

Banjir teruk landa beberapa negara Asia

HYDERABAD: Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh berikutan hujan lebat dan banjir yang melanda selatan India. Di Hyderabad, sembilan orang terbunuh selepas...

Datuk Seri berjaya lari dibantu dua pengawal peribadi

Bukan melarikan diri bersendirian sebaliknya Datuk Seri yang dikaitkan dengan sindiket Macau Scam didapati dibantu dua pengawal peribadi ketika...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...