BERITA Presiden Portugal jadi wira selamatkan dua wanita terumbang ambing...

Presiden Portugal jadi wira selamatkan dua wanita terumbang ambing tengah laut

-

PRESIDEN Portugal, Marcelo Rebelo de Sousa menjadi ‘wira’ apabila membantu menyelamatkan dua wanita yang terumbang ambing di tengah lautan selepas kayak mereka terbalik.

Presiden berusia 71 tahun itu kebetulan berada di pantai Praia do Alvor bagi mempromosikan pelancongan di sana.

Sebaik sahaja menyedari dua wanita sedang bergelut dengan ombak di tengah laut, presiden itu tanpa berlengah berenang menuju ke arah mangsa untuk menawarkan pertolongan.

Rakaman video yang tular memperlihatkan Marcelo berenang ke laut untuk membantu kedua-dua wanita berkenaan.

Rakaman juga menunjukkan beberapa lelaki yang menaiki jet ski turut menghulurkan pertolongan.

Marcelo kemudian memberitahu pemberita bahawa kedua-dua wanita itu dibawa ombak daripada pantai yang berdekatan.

Dalam pada itu, beliau sempat menitipkan pesanan kepada wanita berkenaan agar lebih berhati-hati pada masa akan datang. – BBC.Com

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...