NEGARAKU AM Rakyat Malaysia ‘pulang dari luar negara tapi degil keluar...

Rakyat Malaysia ‘pulang dari luar negara tapi degil keluar rumah’ jadi kebimbangan KKM, pertimbang tempat kuarantin khas

-

KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan masih ramai rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara melanggar perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah atau home/self surveillance.

Sehubungan itu, beliau berkata, terdapat pertimbangan untuk menempatkan golongan tersebut di lokasi kuarantin khas yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kita telah memantau mereka, ada yang balik tetapi masih keluar dari rumah. Mungkin kita akan lihat bagaimanapun untuk menguatkuasakan tindakan kita, sama ada untuk pastikan mereka duduk di rumah atau kita ambil (mereka) duduk tempat kuarantin khas yang disediakan oleh KKM,” katanya pada sidang media, petang Isnin.

Dr Noor Hisham berkata demikian mengenai kebimbangan terhadap gelombang kedua Covid-19 melanda negara ini melibatkan warga Malaysia, yang mana kes mereka adalah kes import iaitu mereka yang ke luar negara bagi tujuan melancong termasuk pelajar Malaysia di luar negara yang pulang ke tanah air.

Beliau berkata, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu pada 18 Mac, terdapat lebih kurang 10,000 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dalam sehari.

“Lepas PKP, saya dapat maklumat daripada Jabatan Imigresen, terdapat 4,000 orang (pulang dari luar negara) sehari,” katanya pada sidang media, petang Isnin.

Menurut Dr Noor Hisham, ramai rakyat Malaysia ke luar negara semasa cuti sekolah, baru-baru ini.

“Masa cuti sekolah, ramai daripada kita yang dapat tiket (promosi) Matta Fair dan sebagainya. Dan mereka pergi melancong ke luar negara seperti Indonesia, Jepun, Korea dan apabila mereka kembali (ke Malaysia)… itulah kebimbangan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Mereka mungkin membawa penyakit tersebut. Jadi, itulah persiapan yang kita laksanakan iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya mereka balik dan kekal duduk di rumah,” katanya.

Justeru, Dr Noor Hisham menegaskan bahawa mereka yang pulang dari luar negara perlu menjalani home/self surveillance dengan mematuhi tatacara perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah yang telah ditetapkan.

“Mereka perlu melakukan penjarakan sosial dan mengasingkan diri daripada ahli keluarga atau orang yang tinggal serumah selama 14 hari.

“Anda juga diminta memantau diri atau sebarang gejala dan segera melaporkan kepada kita sekiranya terdapat simptom-simptom,” katanya.

Beliau berkata, langkah-langkah pencegahan itu bagi menangani penularan wabak Covid-19, susulan penyelidikan JP Morgan bahawa kadar jangkitan di Malaysia akan mencapai kemuncaknya pada pertengahan April sebanyak kira-kira 6,300 kes.

Berita terkini

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

ADUN Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan positif COVID-19. Menerusi hantaran di akaun...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil dilayangkan 'kad merah' dan empat...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di sini, pagi tadi, dikesan dipandu...

Banjir teruk landa beberapa negara Asia

HYDERABAD: Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh berikutan hujan lebat dan banjir yang melanda selatan India. Di Hyderabad, sembilan orang terbunuh selepas...

Datuk Seri berjaya lari dibantu dua pengawal peribadi

Bukan melarikan diri bersendirian sebaliknya Datuk Seri yang dikaitkan dengan sindiket Macau Scam didapati dibantu dua pengawal peribadi ketika...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...