BERITA Rusia dakwa jadi negara pertama daftar vaksin Covid-19

Rusia dakwa jadi negara pertama daftar vaksin Covid-19

-

MOSCOW — Vaksin pertama di dunia yang didaftarkan untuk merawat Covid-19 serta dibangunkan oleh Rusia diberi nama Sputnik V, memetik laman web rasmi vaksin pada Selasa.

“Pada 1957, kejayaan pelancaran satelit buatan manusia pertama Kesatuan Soviet menjadi pemacu kepada penyelidikan ruang angkasa di seluruh dunia.

“Terima kasih atas perbandingan ini, vaksin berkenaan diberi nama Sputnik V,” jelas laman web itu.

Buat masa ini ada lebih 160 vaksin Covid-19 sedang dibangunkan di seluruh dunia, lapor Agensi Berita Rusia Tass.

Laman web berkenaan diwujudkan “untuk menyalurkan dan menyebarkan maklumat terperinci serta terkini mengenai vaksin berkenaan” dan “memerangi maklumat palsu mengenai vaksin yang dibuat oleh beberapa saluran berita antarabangsa,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, pada Selasa ketua Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF) Kirill Dmitriev menyatakan terdapat “serangan maklumat terhadap vaksin Rusia.”

Presiden Vladimir Putin pada hari yang sama dilaporkan berkata Rusia negara pertama di dunia yang mendaftarkan vaksin Covid-19.

Ia berikutan kejayaan ujian klinikal yang dibuat pada Jun-Julai oleh Institut Penyelidikan Kebangsaan Epidemiologi dan Mikrobiologi Gamaleya, Kementerian Kesihatan Rusia. — Bernama

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...