GAYA HIDUP AGAMA Sah solat guna cecair pembasmi kuman beralkohol, kata pejabat...

Sah solat guna cecair pembasmi kuman beralkohol, kata pejabat mufti WP

-

Penggunaan cecair pembasmi kuman beralkohol boleh dibawa solat kerana hukumnya adalah harus dan dimaafkan, demikian menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Perkara itu dijelaskan melalui portal rasmi pejabat mufti itu kelmarin, yang menjawab kemusykilan masyarakat Islam sekiranya pembersih tangan beralkohol dikira najis kerana mengandungi alkohol.

Menurut portal itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan bahawa alkohol yang tidak melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum, berbanding alkohol daripada proses pembuatan arak yang hukumnya adalah haram dan najis.

“Ini jelas seperti yang diputuskan Muzakarah bahawa ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan,” katanya.

Pejabat mufti itu juga menyatakan bahawa pelaksanaan menjaga kebersihan merupakan faktor utama bagi mengurangkan risiko jangkitan virus susulan penularan COVID-19 kebelakangan ini.

Ia selari dengan nasihat Kementerian Kesihatan kepada masyarakat untuk menjaga kebersihan diri seperti sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi contohnya kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, atau menggunakan cecair pembasmi kuman. — Bernama

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...