NEGARAKU AM “Saya harap video itu dipadam” - Ahli farmasi mohon...

“Saya harap video itu dipadam” – Ahli farmasi mohon maaf, tarik balik dakwaan pokok semambu mampu rawat Covid-19

-

SELEPAS dikritik hebat gara-gara dakwaan daun semambu mampu merawat jangkitan Covid-19, seorang ahli farmasi tampil memohon maaf atas perkara tersebut.

Mohd Yazam Jaamat berkata dakwaan tersebut adalah tidak berasas serta bercanggah dari garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan lari daripada etika profesional.

“Sebagai seorang ahli farmasi tidak sepatutnya membuat dakwaan atas sesuatu yang tidak ada kajian saintifik yang kukuh padanya.

“Pendapat tersebut adalah pendapat peribadi yang mana sudah tentu tidak harus disebarkan kerana menimbulkan kekeliruan di pihak awam,” katanya menerusi satu posting di Facebook.

Justeru, Mohd Yazam menarik balik semua kenyataannya yang dimuatnaik dalam sebuah video pendek yang tular di media sosial.

“Saya sekali lagi menegaskan bahawa saya menarik balik dakwaan tersebut dan berharap orang awam tidak menerima pakai apa-apa nasihat yang ada di dalam video tersebut.

“Saya meminta maaf atas kekeliruan yang timbul dalam kalangan orang awam di atas dakwaan saya itu. Saya harap video itu dipadamkan sesiapa yang telah menerimanya dan tidak menyebarkannya lagi,” katanya.

Menerusi video berdurasi 9 minit 21 saat yang tular di media sosial sebelum ini, Mohd Yazam mencadangkan pengambilan daun semambu atau dikenali sebagai ‘neem’ dalam amalan harian bagi mencegah jangkitan Covid-19.

“Kenapa saya katakan demikian, di India (neem) sangat terkenal… banyak kegunaan. Ia antiviral, antiparasit dan antimalaria.

“Ia juga mampu membersihkan darah dan banyak digunakan untuk kencing manis, darah tinggi dan masalah jerawat teruk.

“Satu-satunya kegunaan (neem) ia sangat powerful antivirus agen,” dakwanya.

Bagaimanapun dakwaan itu disangkal beberapa pengamal perubatan termasuk Felo Akademi Sains Malaysia yang juga pakar epidemiologi dan statistik perubatan, Profesor Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud.

Menganggap ia perkara pelik, Dr Awang Bulbiga berkata, meskipun herba itu pernah diuji untuk merawat penyakit lain namun ia tidak menunjukkan sebarang kesan positif terhadap pesakit.

“Saya pun pelik… Saya pernah bertanya kepada seorang sahabat mengenainya sama ada ia pernah digunakan untuk merawat mana-mana penyakit? Memang ia telah diuji untuk penyakit lain tetapi ia tak berkesan.

“Apa dikatakan berkesan itu, mungkin dalam satu atau dua kes. Mungkin tiada kena mengena dengan daun semambu.

“Mungkin penyakit itu sembuh dengan sendiri atau ada makanan lain dan ketahanan badan yang kuat telah menyembuhkan pesakit,” katanya.

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...