NEGARAKU AM Sekalung tahniah kepada Tan Sri Idrus Harun sebagai Peguam...

Sekalung tahniah kepada Tan Sri Idrus Harun sebagai Peguam Negara yang baharu

-

Siapa Tan Sri Idrus Harun?.

Tan Sri Idrus Harun kelahiran Sanglang, Kedah tahun 1955. Belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam (1969-1974) dan Kolej Sultan Abdul Hamid (1974-75). Melanjutkan pelajaran ke UM dan lulus Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian), 1980.

Memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Undang-undang, 1980 dan selepas itu telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan termasuk Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Mahkamah Sesyen di Kota Kinabalu.

Timbalan Pendakwaraya di Jabatan Peguam Negara, Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Terengganu, Peguam Kanan Persekutuan di Badan Pencegah Rasuah dan Penasihat Undang-Undang Suruhanjaya Pilihanraya.

Beliau pernah menjadi Pendaftar Syarikat (1998- 2002 ) dan berkhidmat di Jabatan Peguam Negara sebagai Ketua Bahagian Penasihat dan Antarabangsa serta sebagai Penggubal Undang-undang Parlimen (2004-2006) sebelum menjadi Peguamcara Negara (2006-2014).

Beliau juga merupakan Anggota Suruhanjaya Syarikat Malaysia( bermula April 2002) di samping pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA), Suruhanjaya Sekuriti dan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC).

Beliau merupakan Ahli Lembaga bagi Malaysia – Thailand Joint Authority (MTJA), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Beliau telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan (2014-2018) sebelum dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan pada 28 Nov 2018. Beliau telah menerima anugerah PSM, PSN, SSAP, SIMP, DPMT, DSDK.

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Tan Sri atas perlantikan ini. Kami meletakkan sepenuh harapan agar beliau dapat melaksanakan amanah dengan baik demi mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat dan orang luar terhadap sistem dan prinsip kedaulatan Undang-undang atau ‘Rule of Law’ yang sebelum ini sedikit tercalar apabila pihak yang dilihat punya kecenderungan politik kepartian diangkat sebagai Peguam Negara.

#HentikanPendakwaanPolitikTerpilih
#PertahankanPrisipRuleofLaw
#SelamatkanNegaraku

Berita terkini

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

ADUN Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan positif COVID-19. Menerusi hantaran di akaun...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil dilayangkan 'kad merah' dan empat...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di sini, pagi tadi, dikesan dipandu...

Banjir teruk landa beberapa negara Asia

HYDERABAD: Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh berikutan hujan lebat dan banjir yang melanda selatan India. Di Hyderabad, sembilan orang terbunuh selepas...

Datuk Seri berjaya lari dibantu dua pengawal peribadi

Bukan melarikan diri bersendirian sebaliknya Datuk Seri yang dikaitkan dengan sindiket Macau Scam didapati dibantu dua pengawal peribadi ketika...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...