NEGARAKU AM Selepas Dapat Rumah, Ustaz Ebit Lew Belikan Tilam, Peti...

Selepas Dapat Rumah, Ustaz Ebit Lew Belikan Tilam, Peti Ais & Mesin Basuh

-

Cerita seorang pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew yang viral kerana membantu keluarga Ishak Darus atau lebih dikenali sebagai Pak Aq yang lumpuh dan tinggal di Lorong Gedebang, Jalan Langgar di Alor Setar ada kesinambungan lagi hari ini.

Sebelum ini, rumah yang diduduki oleh Pak Aq berada dalam keadaan uzur dan memang tidak sesuai diduduki.

Kesusahan beliau sekeluarga mendapat sinar baru kali ini apabila Ebit Lew dengan kesungguhannya berjaya mendapatkan sebuah rumah sewa yang lebih baik untuk diduduki oleh keluarga itu dan hari ini Ebit Lew membelikan peralatan rumah yang baru untuk kegunaan keluarga itu.

Pak Aq mempunyai seorang isteri yang tidak bekerja, tiga orang anak lelaki dan tujuh orang anak perempuan yang masing-masing berumur 33 tahun sehingga 17 tahun.

Lapan daripada 10 orang anak Pak Ishak tinggal bersama beliau di rumah tersebut bersama-sama 10 orang cucu yang menjadikan keseluruhan isi rumah yang tinggal di rumah yang daif itu seramai 20 orang.

Di media sosial Facebook Ebit Lew hari ini beliau menulis dan menzahirkan rasa syukurnya dan leganya kerana dapat membantu keluarga berkenaan serta mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu keluarga itu sebelum ini.

Beliau berterima kasih kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah, Jabatan Kebajikan Masyarakat, jiran keluarga Pak Aq sebelum ini, Kerajaan Negeri Kedah dan Masjid Kariah yang mengambil berat hal kebajikan mereka.

Ebit Lew berkata sewa rumah baru berkenaan akan dibayarnya selagi hayatnya.

“Syukur tadi setelah lebih 15 tahun keluarga ini buat kali pertama dapat pindah dari pondok usang dan menyedihkan

“Saya dapat beri hadiah kasih sayang saya buat keluarga ini. Dapat beri mereka rumah baru selesa takyah bayar. Saya insyaAllah bayar selagi hayat,” katanya.

Beliau juga telah sediakan peti ais, mesin basuh, periuk nasi elektrik, cerek, dapur gas, kipas, tilam, baju raya bantal dan semua peralatan rumah.

Ebit Lew melihat cucu-cucu Pak Aq mencuba tilam baru di rumah sewa baru mereka yang lebih selesa.

Bagi dirinya, usaha yang beliau lakukan hanyalah kecil dibandingkan dengan usaha pihak berwajib di Kedah yang menjaga kebajikan rakyat di seluruh negeri berkenaan.

“Hanya setitik usaha saya ini dibandingkan usaha mereka sepanjang tahun dan seluruh negeri kedah.15 tahun kasihan keluarga ini. Selepas ini saya serahkan pada pihak berwajib.

“Saya merayu jangan hina keluarga ini. Ujian mereka. Ujian kita. Kita sebuah keluarga Mereka pakcik tua makcik tua macam mak ayah kita.

“Anak mereka macam adik beradik dan anak kita. Kasihanilah mereka 15 tahun hidup begitu. Bantula mereka. Sayangi mereka,” kata Ebit Lew.

Pendakwah itu yang kini tak penat-penat mengedarkan bantuan kepada mereka yang memerlukan juga berterima kasih kepada kejiranan baru rumah sewa yang kini sudah diduduki oleh keluarga itu.

Para jiran turut membantu dengan bawa mesin rumput dan juga katil. Ebit Lew turut berbincang untuk memberikan keluarga Pak Aq yang mesti bersekolah akan menikmati pendidikan yang mereka sepatutnya dapat.

Biarpun apa yang dilakukan oleh beliau dikatakan menjadi kontroversi susulan ada pihak yang tuding menuding jari termasuk mengkritik Ebit Lew sendiri, yang penting apa yang rakyat pandang selepas kehadiran Ebit Lew kesusahan keluarga Pak Aq telah diselesaikan dan mereka sekeluarga sudah berpindah ke rumah yang lebih selesa.

Inilah keadaan tempat tinggal Pak Aq dan keluarganya sebelum ini sebelum mereka dapat berpindah ke rumah sewa yang baru.

Bagaimana, apabila ada kritikan bahawa keluarga berkenaan tidak mahu berpindah tetapi sanggup mereka dibiarkan duduk di rumah yang sedemikian rupa yang tak sepatutnya diduduki oleh manusia. – TRI

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...