NEGARAKU AM Sindiket edar bijirin (Cereal) berasaskan babi diserbu

Sindiket edar bijirin (Cereal) berasaskan babi diserbu

-

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menumpaskan sindiket pengedaran bijirin berasaskan bahan kandungan babi secara dalam talian melalui satu serbuan di Sungai Buloh, Selasa lalu.

Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, operasi dijalankan susulan penularan rakaman video di media sosial berkenaan produk bijirin yang mengandungi bahan kandungan tidak halal itu.

“Produk makanan berkenaan adalah tidak halal dan pengguna boleh terkeliru serta tidak menyedari disebabkan pernyataan tersebut ditulis tidak mengikut saiz dan warna yang mudah kelihatan dengan jelas.

“Bertindak daripada maklumat berkenaan, Unit Serbuan dan Taktikal, Putrajaya menjalankan pemeriksaan di beberapa pasar raya terkemuka namun mendapati produk itu tiada dalam pasaran.

“Bagaimanapun hasil siasatan lanjut mendapati produk ini dijual secara dalam talian,” katanya dalam kenyataan pada Selasa lalu.

Iskandar berkata, susulan itu pihaknya menyerbu sebuah premis dipercayai gudang penyimpanan produk berkenaan.

“Hasil serbuan mendapati produk tersebut diimport dari Korea dan tidak mempunyai pelabelan berhubung nama dan alamat pengimport atau pekilang.

“Dalam pemeriksaan susulan yang dijalankan di dalam premis itu, sebanyak 204 unit produk bijirin yang dianggarkan berjumlah RM 2,445 dirampas,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Perintah 3(1)(c) dan 4, Perintah Kawalan Harga (Pelabel oleh Pekilang, Pengimport, Pengeluar atau Penjual Borong) 1980, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 iaitu tidak mengandungi nama dan alamat pekilang, pengimport atau penjual borong dan perlabelan bukan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

“Orang ramai juga di nasihatkan mengelak diri dari menyebarkan berita yang tidak pasti di media sosial bagi mengelak kegelisahan orang awam khususnya berhubung dengan isu Halal yang amat sensitif bagi umat Islam di Malaysia.

“Orang awam juga disarankan untuk menyalurkan maklumat atau sebarang pertanyaan kepada melalui hotline 1-800-886-800,” katanya.

Rujukan:
https://www.livestrong.com/article/90161-list-cereals-pork/

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...