BERITA Skandal Terowong: LGE tak mengaku salah meminta suapan RM3....

Skandal Terowong: LGE tak mengaku salah meminta suapan RM3. 3 juta

-

Butterworth — Susulan kontroversi projek terowong dasar laut yang menjadi perhatian sejak beberapa tahun lalu, bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini didakwa lagi atas pertuduhan rasuah membabitkan projek itu yang bernilai RM6.3 bilion.

Kali ini bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth.

Jumaat lepas Lim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan meminta suapan bagi membantu sebuah syarikat dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Hari ini Lim, 60, turut membuat pengakuan tidak bersalah.

Mengikut pertuduhan Lim, semasa menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, didakwa telah menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya wang berjumlah RM3,300,000 sebagai tindakan membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dilantik untuk melaksanakan projek itu yang bernilai RM6,341,383,702.
Zarul merupakan Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd.

Sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid, Lim yang memakai sut hitam berkata “tidak bersalah”.

Mahkamah membenarkan Lim diikat jamin mengguna pakai wang sama RM1 juta dalam kesnya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Hakim itu turut mengarahkan kes Lim di Pulau Pinang dibicarakan bersama dengan kes rasuahnya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Akram Gharib untuk memindahkan kes itu di Kuala Lumpur dan dibicarakan bersama kerana ia melibatkan transaksi sama.

Terdahulu, Ahmad Akram dalam permohonannya berkata tertuduh telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Jumaat lalu dan pertuduhan tersebut berkait rapat dengan pertuduhan yang dihadapi Lim hari ini.

“Kedua-dua kesalahan yang dipertuduhkan adalah berlaku dalam satu transaksi yang sama. Bagi pertuduhan di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM yang telah didaftarkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur tujuan suapan diminta adalah sebagai upah melakukan suatu perkara yang dicadangkan, iaitu membantu syarikat milik Zarul dilantik melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

“Bagi pertuduhan menyalahgunakan kedudukan di hadapan Yang Arif Tuan hari ini, kesalahan tersebut dikatakan dilakukan secara dengan mengambil tindakan membantu syarikat milik Zarul dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang bernilai RM6,341,383,702,” katanya.

Ahmad Akram berkata faktor paling ketara adalah kedua-dua pertuduhan terbabit melibatkan saksi utama iaitu Zarul dan kedua-duanya juga melibatkan perkara sama iaitu Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang. — Bernama

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...