EDITORIAL Soal Jawab: Memerangi Keganasan - Zahid Hamidi (video)

Soal Jawab: Memerangi Keganasan – Zahid Hamidi (video)

-

Kerajaan sedang menyiapkan kertas putih untuk memaklumkan kepada rakyat tentang kegiatan keganasan yang melibatkan rakyat Malaysia dalam masa terdekat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, statistik menunjukkan sejak Disember 2001 sehingga kini seramai 167 rakyat di negara ini terlibat dengan kegiatan militan di luar negara.

Daripada jumlah itu, kata beliau, seramai 39 orang terlibat dalam kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

“Walau bagaimanapun, saya enggan mendedahkan secara terperinci maklumat penglibatan mereka kerana dikhuatiri mengganggu siasatan yang dijalankan pihak polis,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, kementerian melalui pihak polis sedang menjalankan siasatan terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang disyaki boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

Bahkan kata beliau, sekiranya terdapat bukti bahawa mereka terlibat dalam mana-mana aktiviti berbentuk militan, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka di bawah undang-undang sedia ada.

Undang-undang tersebut katanya, termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 dan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

“Kerajaan tidak pernah mengiktiraf mana-mana entiti, pertubuhan atau pakatan yang mempunyai elemen-elemen militan.

“Pada masa yang sama, mana-mana entiti yang bertapak di Malaysia perlu berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berdasarkan syarat-syarat yang diperuntukkan di bawah Akta Pertubuhan 1966,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menjalinkan kerjasama yang rapat dengan agensi perisikan asing untuk mengekang permasalahan ini.

“Usaha jalinan ini termasuk menerusi kerjasama berterusan di samping bertukar-tukar maklumat risikan dengan agensi-agensi kese­lamatan negara luar, khususnya negara-negara ASEAN,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan melalui Jabatan Imigresen boleh menyenaraihitamkan mereka yang disyaki terlibat de­ngan ke­giatan keganasan berkenaan de­ngan memasukkan nama suspek ke dalam Senarai Syak Jabatan Imigresen.

“Tindakan ini bagi mengesan pergerakan mereka di pintu-pintu masuk utama seluruh negara,” katanya.

 

 

Berita terkini

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

ADUN Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan positif COVID-19. Menerusi hantaran di akaun...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil dilayangkan 'kad merah' dan empat...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di sini, pagi tadi, dikesan dipandu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...