BERITA SPRM, JIPS siasat dakwaan pihak berkuasa lindungi premis judi...

SPRM, JIPS siasat dakwaan pihak berkuasa lindungi premis judi haram

-

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan pihak berkuasa cuba melindungi premis haram, perjudian haram dan penjualan rokok seludup di sekitar Sungai Buloh dekat sini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata pihaknya memandang serius isu yang tular dalam dua klip video mendakwa pihak berkuasa gagal memantau, menguatkuasakan undang-undang selain dikatakan menerima rasuah daripada pihak terlibat.

“Saya telah menghubungi Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, (Datuk Zamri Yahya) hari ini.

“Beliau (Zamri) memaklumkan pihak JIPS akan mengambil tindakan tegas (jika ada kes) dalam isu berkaitan premis perjudian termasuk mana-mana pegawai yang melindungi kegiatan perjudian tersebut kerana kesalahan ini di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya kepada Bernama hari ini.

Ahmad Khusairi berkata pihak JIPS akan bekerjasama menyalurkan maklumat kepada SPRM jika ada pegawai atau anggota polis yang terlibat dikenal pasti.

“SPRM akan memberikan tumpuan kepada pegawai atau anggota penguat kuasa dalam kesalahan menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan haram di sekitar Sungai Buloh,” katanya.

Beliau meminta agar masyarakat untuk terus menyalurkan maklumat kepada SPRM bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Selain itu, saya meminta masyarakat agar tidak menghebahkan sesuatu isu dalam media sosial kerana ia tidak akan membantu sebarang proses siasatan malahan memberi peluang kepada pihak-pihak terlibat menghapuskan bukti atau keterangan yang ada,” katanya.

Sebelum ini, tular satu video yang disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook Hot Burger Malaysia serta dikongsi akaun Asri Janggut mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap kes judi serta mendedahkan lokasi perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh.

Semalam, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Shafa’aton Abu Bakar menafikan dakwaan itu kononnya tiada tindakan diambil terhadap premis perjudian di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh.

Berdasarkan statistik sehingga Julai tahun ini, polis telah melakukan 40 serbuan dan 132 tangkapan bagi kes perjudian di sekitar kawasan berkenaan. — Bernama

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...