GAYA HIDUP Sumareh boleh jadi 'jutawan segera'

Sumareh boleh jadi ‘jutawan segera’

-

PEMAIN kebangsaan, Mohamadou Sumareh dijangka bergelar ‘jutawan segera’ seandainya tuntutan pampasan baki kontrak lebih RM1 juta dibayar oleh bekas majikannya Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).

Malah, kantung koceknya dijangka terus mengembung apabila dia mula menyertai kelab Thailand, Police Tero FC dengan nilai semasa tonggak naturalisasi Harimau Malaya itu pada harga sekitar RM1.3 juta atau 275,000 euro ketika ini.

Berdasarkan harga pasaran yang dibuat di laman web www.transfermarkt.co.uk itu, kemungkinan Sumareh akan menerima antara RM80,000 hingga RM100,000 sebulan bersama kelab divisyen satu Thailand itu.

Ini bermakna, secara purata pemain kelahiran Gambia itu mampu meraih hampir setengah juta sekiranya beraksi selama enam bulan sebelum kembali semula ke Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Menurut ejen tempatan yang mengusahakan I One Sports Agency Sdn Bhd, Syed Qamarul Firdaus, PBNP perlu membayar baki kontrak Sumareh yang dijadual tamat pada penghujung musim depan.

“Dalam isu Sumareh ini, PBNP kena bayar pampasan kontrak sebab dia (Sumareh) dah gunakan klausa 8.7 yang terkandung dalam kontraknya dengan Pahang.

“Lepas itu dia pula akan main di Thailand, jadi kat sini dapat (bayaran pampasan kontrak dari Pahang), kat sana pun dapat (gaji dengan Police Tero FC),” katanya kepada Arena Metro.

Sumareh, 26, sebelum ini difahamkan sudah mengaktifkan klausa 8.7 yang menyaksikan kontraknya bersama skuad Tok Gajah terbatal selepas majikannya itu didakwa gagal membayar gaji mengikut perjanjian.

Dalam klausa itu, mana-mana pemain yang tidak dibayar gaji selama sebulan atau lebih boleh memohon untuk menamatkan kontrak lebih awal dan dibenarkan untuk berunding dengan pasukan lain.

Bagaimanapun, oleh kerana jendela perpindahan pemain Liga-M sudah ditutup, maka pilihan terbaik buat Sumareh adalah dengan beraksi di Liga Thailand.

Begitupun, difahamkan PBNP tidak akan berdiam diri apabila mahu perkara terbabit diadili sebaik mungkin dengan melantik peguam bagi mengambil tindakan undang-undang kepada Sumareh.

Sementara itu, Syed Qamarul mengakui Sumareh turut berdepan masalah besar sekiranya PBNP berjaya menghalang klausa 8.7 itu dengan membayar penuh tunggakan gaji yang sangkut sejak beberapa bulan lalu.

“Sebenarnya bahaya juga Sumareh ini. Kalau PBNP boleh bayar semua tunggakan gaji dia, maknanya dia tak boleh tinggalkan Pahang dan klausa 8.7 itu tak boleh digunakan. Ini risiko yang mungkin dia kena hadap,” katanya.

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...