NEGARAKU AM Tahniah Menteri Dalam Negeri, Dalang Seludup Masuk Rohingya Telah...

Tahniah Menteri Dalam Negeri, Dalang Seludup Masuk Rohingya Telah Ditangkap

-

Menerusi kerjasama baik dengan pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen dan Tentera Laut Diraja Malaysia, pihak polis berjaya menangkap dalang yang menyeludup masuk etnik Rohingya ke negara ini menerusi Ops Dallal.

Suspeknya ialah dua orang lelaki etnik yang sama yang juga terlibat dalam kegiatan penyeludupan masuk pendatang tanpa izin (PATI) sekitar perairan di kawasan utara negara ini.

Kedua-dua suspek ditangkap dalam dua serbuan berasingan pada 16 dan 18 April lepas.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Malaysia Kedah dan Perlis, Ka[ten Maritim Zulinda Ramly berkata kedua-dua suspek berumur 31 dan 36 tahun.

Kalau anda hendak tahu, Dallal yang digunakan sebagai nama operasi ini bermaksud Ejen Darat dalam bahasa Bangladesh.

“Tangkapan pertama membabitkan suspek berusia 36 tahun yang juga pemegang kad pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR) di rumah teres di Taman Bersatu, Simpang Empat.

“Ketika serbuan, suspek bersembunyi di atas siling rumah,” katanya dalam satu sidang media, semalam di pejabat APMM Wilayah Utara.

Zulinda berkata, suspek terbabit ada kaitan dengan dalang utama aktiviti jenayah penyeludupan warga asing yang aktif beroperasi di utara dan selatan Semenanjung.

Menurut Zulinda, pada 18 April, suspek kedua ditahan di rumah teres tidak bernombor di Guar Chempedak.

“Ketika serbuan, suspek bersembunyi di belakang pintu utama rumah.

“Hasil siasatan, kedua-dua suspek itu terbabit dengan penyeludupan etnik Rohingya di perairan Langkawi, 5 April lalu,” katanya.

Menurut Zulinda, mereka disyaki menjadi dalang dan tekong darat dalam urusan keluar masuk warga asing.

Kes disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670).

“Hasil siasatan terhadap etnik Rohingya yang ditahan pada 5 April lalu mendapati, setiap seorang daripada mereka membayar tidak kurang daripada RM15,000 kepada ejen untuk urusan kemasukan ke negara ini.

“Berdasarkan siasatan, kedua-dua suspek menggunakan beberapa nama samaran untuk mengelak identiti dan pergerakan mereka dikesan,” katanya.

Menurut Zulinda, pihaknya masih mengesan seorang lagi suspek yang juga dalang utama dan disyaki masih berada di sekitar utara Semenanjung.

Katanya, dalang utama ini berperanan mengatur kemasukan warga asing bagi memenuhi permintaan di Kedah, Pulau Pinang dan Johor.

Zulinda berkata, seorang daripada suspek tinggal di negara ini sejak lima tahun lalu manakala seorang lagi pada awal tahun ini.

“Kami akan memburu tekong darat yang bersekongkol dengan tekong laut untuk menyeludup warga asing ke negara ini, sama ada dalam kalangan warga asing, pemegang kad UNCHR dan juga rakyat tempatan.

“Mereka mengaut keuntungan besar menerusi penyeludupan pendatang tanpa izin ke negara ini serta eksploitasi warga kerja asing secara haram,” katanya.

Zulinda berkata, taktik digunakan sindiket terbabit adalah dengan memindahkan warga asing daripada bot yang membawa etnik Rohingya ke bot kecil sebelum dibawa ke Kedah, Pulau Pinang dan Johor.

Katanya, kegiatan itu turut dibantu rakyat tempatan dan kumpulan warga asing yang ditahan sebenarnya bukan mensasarkan Pulau Langkawi untuk menyeludup masuk.

Ia berlaku berikutan masalah teknikal.

“Kami mempertingkatkan kawalan di perairan negara dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membabitkan 15 aset di laut sepanjang 24 jam,” katanya.

Satu daripada aset yang digunakan oleh APMM untuk mengawal kawasan perairan negara.

Tindakan dan gerak pantas dari pasukan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) amat ditagih oleh rakyat bagi menghalang kemasukan warga asing secara haram ke negara ini tambahan pula ketika negara sedang berdepan dengan penularan penyakit berjangkit COVID-19.

Bukan itu sahaja, ia juga dapat menyekat kegiatan tidak baik dan jenayah daripada terus dilakukan di dalam negara ini. – TRI

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...