NEGARAKU AM Tahniah Tan Sri Muhyiddin, Pimpin Malaysia Di Landasan Yang...

Tahniah Tan Sri Muhyiddin, Pimpin Malaysia Di Landasan Yang Betul Perangi Covid19

-

Sebelum ini, Malaysia berada dalam “table 1” atau muka surat pertama kes Covid19 di dunia. Minggu ini dengan jumlah kes yang makin menurun di bawah angka 100 selama 6 hari berturut-turut sejak 17 April yang lepas, Malaysia terkeluar terus dari muka surat pertama kes Covid19 paling tinggi di dunia.

Tahniah atas usaha keras dan penuh berstrategik daripada YB Menteri Kesihatan dan seluruh jentera Kementerian Kesihatan Malaysia, pencapaian baik memerangi Covid19 ini berjaya dicapai oleh Malaysia.

Pada 10 Mac 2020, ketika YB Menteri Kesihatan mengangkat sumpah sebagai Menteri, Malaysia berada di tangga ke-18 dunia kes Covid19 paling tinggi. Kini pada 22 April 2020, selepas 42 hari, kedudukan Malaysia sekarang telah jatuh di tempat ke-44 dunia. Turun 26 tangga.

Negara Amerika Syarikat masih lagi negara yang mempunyai kadar peratusan kes yang tertinggi iaitu 32.15% diikuti dengan Sepanyol, 7.95% dan Itali, 7.17%.

Manakala negara Belgium pula kekal mempunyai kadar kematian tertinggi di dunia iaitu 14.64%, diikuti dengan Algeria, 13.95% dan Itali iaitu 13.40%

Di Malaysia kadar kematian adalah antara yang terendah iaitu pada kadar 1.68% dari kes Covid19 atau sejumlah 93 kematian sahaja.

Takut melihat beribu ribu orang mati di negara lain, Amerika Syarikat, Sepanyol, Italy dan Perancis. Bersyukurlah kejadian itu tidak berlaku di negara kita.

Di negara ini alhamdulillah, kadar sembuh pesakit Covid19 juga adalah pada kadar 62.4%, antara kadar sembuh yang tertinggi di dunia.

Maka tidak hairanlah sejumlah 500 perwakilan mesyuarat WHO dalam teleconference memuji dan mahu belajar sesuatu dari Malaysia.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan Perutusan Khas malam ini pada pukul 8 malam nanti.

Malaysia dibawah pimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato’ Sri Dr Adham Baba selaku Menteri Kesihatan, Ketua Pengarah Kesihatan dan seluruh jentera KKM telah melakukan sesuatu yang betul untuk negara ini.

Insyallah
#KitaMestiMenang

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...