BERITA Teman wanita suspek kes bunuh pensyarah akan diambil keterangan

Teman wanita suspek kes bunuh pensyarah akan diambil keterangan

-

INDIVIDU ketiga yang juga teman wanita suspek kes bunuh pensyarah wanita yang mati dijerut Rabu lalu akan diambil keterangan dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, keterangan berkenaan diambil bagi membantu siasatan berhubung punca kejadian.

“Teman wanita suspek berada di luar Selangor dan sepasukan polis akan merakam percakapan bagi membantu siasatan.

“Individu ini tidak terbabit dalam kegiatan jenayah ini tetapi hanya untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata, pihaknya juga akan membuat permohonan reman kedua terhadap suspek selepas permohonan reman pertama tamat esok.

“Suspek akan disambung reman bagi melengkapkan siasatan sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya.

“Anak mangsa juga kini berada dalam jagaan keluarganya,” katanya.

Pada 29 Julai lalu, seorang wanita yang juga pensyarah ditemui mati di dalam kereta di tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya, Dengkil, di Sepang.

Kejadian dipercayai berlaku selepas suspek yang tidak dapat menerima hakikat isterinya memfailkan pengesahan perceraian menyebabkannya tergamak membunuh wanita terbabit dengan menjerut lehernya menggunakan tudung.

Suspek turut berpura-pura mencari isterinya, 40, yang juga seorang pensyarah bersama anak perempuan berusia 14 tahun selepas membunuhnya sebelum menghubungi Mers 999 mendakwa menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 1.04 pagi.

Suspek yang bekerja sebagai sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) itu dipercayai melakukan perbuatan berkenaan di Taman Mas, Putra Perdana, di Sepang.

BERKAITAN:
Suami curang dipercayai punca pensyarah mati dibunuh

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...