BERITA Tidak sampai sejam samun orang, seorang daripada empat suspek...

Tidak sampai sejam samun orang, seorang daripada empat suspek maut kemalangan

-

Tidak sampai sejam daripada menyamun dan melarikan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), empat suspek lelaki warga tempatan kemalangan malah salah seorang turut maut apabila kenderaan itu terbabas dan melanggar dua kenderaan lain di Kilometer 20.5, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata, ekoran daripada pelanggaran itu, suspek yang memandu kenderaan terbabit iaitu remaja berusia 18 tahun, maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, manakala seorang lagi suspek berusia 22 tahun cedera parah di bahagian kepala.

Sementara itu, dua lagi suspek, sempat melarikan diri dan kini dalam buruan pihaknya, kata beliau dalam satu kenyataan.

Menurutnya, terdahulu, keempat-keempat suspek berkenaan didapati melarikan MPV Proton Exora milik seorang lelaki warga tempatan berusia 53 tahun selepas menyamunnya di Jalan Beladau, Taman Puteri Wangsa, di sini, pada pukul 6.45 pagi sebelum kemalangan itu berlaku pada 7.30 pagi.

“Mangsa sebelum itu memandu sendirian dan ketika melalui lokasi terbabit, dia melihat seorang lelaki terbaring di tengah jalan lalu memberhentikan kenderaan dan menurunkan cermin kereta sebelum diserang oleh keempat-empat suspek berkenaan.

Mangsa ditumbuk di muka beberapa kali sehingga jatuh ke jalan raya dan keempat-empat suspek melarikan diri bersama kereta terbabit,” katanya menerusi kenyataan, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati lelaki yang terbaring itu merupakan warganegara India dan mengalami luka di muka, kepala dan sakit di bahagian belakang badan itu, disyaki akibat disamun oleh kesemua suspek yang sama.

Mohd Padzli berkata tangkapan telah dibuat terhadap suspek yang sedang dirawat di Unit Kecemasan Zon Merah, Hospital Sultan Ismail, di sini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 394/379A Kanun Keseksaan iaitu Samun Berkumpulan dan Melarikan Kenderaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat bersabit kes di atas boleh menghubungi terus talian penting Ibu pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan 07-2182323 atau Pegawai Penyiasat Insp Maslinah di talian 019-7299064. — Bernama

Berita terkini

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

ADUN Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan positif COVID-19. Menerusi hantaran di akaun...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil dilayangkan 'kad merah' dan empat...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di sini, pagi tadi, dikesan dipandu...

Banjir teruk landa beberapa negara Asia

HYDERABAD: Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh berikutan hujan lebat dan banjir yang melanda selatan India. Di Hyderabad, sembilan orang terbunuh selepas...

Datuk Seri berjaya lari dibantu dua pengawal peribadi

Bukan melarikan diri bersendirian sebaliknya Datuk Seri yang dikaitkan dengan sindiket Macau Scam didapati dibantu dua pengawal peribadi ketika...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...