GAYA HIDUP Tiga pasukan berisiko ke Liga M3

Tiga pasukan berisiko ke Liga M3

-

TIGA pasukan Liga Malaysia (Liga-M) berisiko untuk disingkirkan daripada saingan utama liga tempatan selepas langsung tidak menunjukkan sebarang inisiatif untuk menswastakan pasukan masing-masing.

Daripada tiga pasukan itu, dua adalah daripada Liga Super manakala satu pasukan datangnya daripada Liga Perdana dan tiga pasukan berkenaan bakal disingkirkan ke liga amatur atau lebih tepat Liga M3 pada musim depan.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata, pihaknya memandang serius dan akan sentiasa mengingatkan pasukan berkenaan segera bergerak ke arah penswastaan dengan langkah pertama harus memisahkan peranan Persatuan Bolasepak Negeri (FA) dengan kelab bola sepak (FC).

“Tetapi kami bekerja sama dengan pasukan-pasukan ini. Mungkin dia (tiga pasukan yang belum bergerak) ada alasan-alasan tersendiri di peringkat domestik mengapa ia belum dimulakan lagi.

“Tetapi kami bekerjasama dengan semua pasukan dan lima yang baharu bergerak dan tiga yang belum bergerak diharapkan mereka segera melakukannya.

“Tiga pasukan ini kena cepatlah sebab ia bukan sekadar kena daftar sebagai sebuah syarikat, ia juga kena melalui mesyuarat kongres, dapatkan keputusan exco dan semua itu memerlukan masa.,” katanya ketika ditemui di Wisma FAM, di sini.

Ketika diminta dedahkan nama tiga pasukan itu, Stuart enggan berkongsi namun berdasarkan tinjauan Arena Metro difahamkan salah satu pasukan itu adalah UKM FC dari Liga Perdana.

Mengulas permasalahan yang dialami pasukan berkenaan hingga gagal bergerak, Stuart menjelaskan terdapat beberapa faktor yang menghalang pergerakan mereka.

“Permasalahan berbeza, mungkin dari segi pasukan belum membuat keputusan, mungkin pertukaran pengurusan yang memerlukan maklumat dan masa yang lebih dan ada satu yang enggan nak bergerak juga.

“Jadi kita akan tengok (memantau) dan lihat apa keputusan yang kita akan ambil nanti,” katanya.

Sebelum ini, menerusi laporan akhbar ini pada 1 Ogos lalu, FAM memberi peringatan kepada lapan pasukan iaitu PDRM, Kuala Lumpur, Kedah, Perak, Sabah, Pahang, UiTM FC dan UKM FC yang masih belum memulakan proses penswastaan.

Hasil daripada pendedahan itu, kini lima pasukan sudah mula bergerak manakala tiga lagi masih belum memulakannya dan berisiko ‘diturunkan pangkat’ ke liga amatur musim depan.

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...