NEGARAKU AM TNGD nafi TNG eWallet punca akaun bank pengguna digodam

TNGD nafi TNG eWallet punca akaun bank pengguna digodam

-

SHAH ALAM – TNG Digital Sdn Bhd (TNGD) menafikan kes tular berkaitan pengguna Touch ‘n Go eWallet (TNG eWallet) yang mendakwa akaun bank mereka digodam berpunca daripada sistem TNGD.

TNGD berkata, TNGD telah menghubungi pengguna terlibat sebaik sahaja menerima laporan berhubung isu tular tersebut.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati masalah yang dihadapi pengguna adalah ‘phishing’ iaitu terdapat pihak ketiga mempunyai kata laluan 6-digit pengguna berkenaan yang menyebabkan berlaku transaksi tidak menentu.

“Ianya jelas menunjukkan bahawa aktiviti transaksi yang tidak menentu daripada akaun pengguna TNG eWallet tidak berpunca daripada sistem mahupun teknologi yang diguna pakai oleh TNGD.

“Pihak TNGD juga telah menghubungi pengguna yang terlibat dan isu berkaitan perkara ini telah berjaya diselesaikan.

“TNGD mengekalkan standard tertinggi dalam segi penggunaan teknologi dan keselamatan pada platform pembayarannya dan terus komited untuk memastikan semua penggunanya menikmati pengalaman yang lancar dan selamat ketika menggunakan TNG eWallet,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

TNGD menjelaskan ‘phishing’ dan godam (hack) adalah perkara berbeza kerana hack bermakna sistem keselamatan TNGD telah dikompromi untuk melakukan aktiviti tidak sah.

Sebaliknya, ‘phishing’ adalah satu kaedah di mana seorang pengguna ditipu secara sukarela memberikan PIN 6-digitnya agar aktiviti tersebut (transaksi) dijalankan.

“Siasatan dan wawancara kami dengan para mangsa setakat ini menunjukkan mereka mungkin secara tidak sengaja memberikan nombor PIN 6 digit mereka kepada orang yang tidak dikenali.

“Kami juga menyedari bahawa banyak mangsa mengakui menggunakan PIN 6 angka yang mudah diteka. Inilah sebabnya mengapa kami kini aktif mendidik pelanggan kami untuk melindungi PIN 6 digit mereka dan menukarnya jika mereka mudah diteka,” katanya.

Bagaimanapun TNGD sedia mengkaji semula protokol keselamatan melibatkan sebarang transaksi kemudahan itu.

“Namun pengguna memainkan peranan besar dalam mengekalkan keselamatan akaun mereka, kerana 91 peratus serangan siber bermula dengan ‘phishing’ (Trend Micro, 2019),” katanya.

Tular di media sosial apabila terdapat pengguna TNG eWallet mendakwa menjadi mangsa godam berpunca daripada maklumat penebusan E-Tunai Rakyat menyebabkan mangsa kerugian ribuan ringgit setelah berlaku beberapa transaksi wang melibatkan perbankan atas talian tanpa disedari mangsa.

Sinar Harian
11 Mac 2020

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...