BERITA Tukang kebun cabul, ceroboh asrama puteri ditahan

Tukang kebun cabul, ceroboh asrama puteri ditahan

-

CHUKAI — Polis menahan seorang tukang kebun kerana disyaki menceroboh dan mencabul seorang pelajar perempuan tingkatan lima di sebuah asrama sekolah di Kemaman semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata lelaki berumur 32 tahun itu dikatakan memakai topeng muka dan bersembunyi di bawah katil, kira-kira pukul 3 pagi.

“Dalam kejadian itu, suspek dikatakan telah keluar dari bawah katil secara tiba-tiba dan terus menghampiri tiga pelajar perempuan, lalu meminta telefon bimbit sambil meraba seorang daripadanya di bahagian paha.

“Suspek turut mengugut pelajar berkenaan supaya berdiam diri dan mengancam dengan menyatakan dia mempunyai pisau. Bagaimanapun, seorang daripada pelajar itu nekad menjerit meminta tolong dan melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hanyan berkata suspek pada awalnya cuba mengejar pelajar itu namun akhirnya dia melarikan diri.

Kejadian itu hanya diketahui oleh warden apabila menerima aduan melalui aplikasi WhatsApp oleh seorang pelajar perempuan tingkatan lima, kira-kira pukul 3.15 pagi.

“Hasil rondaan warden dan pengawal keselamatan mendapati pagar asrama telah dipotong dan pisau pemotong dijumpai di bawah katil pelajar yang dikatakan suspek bersembunyi,” katanya yang turut mengesahkan suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini untuk ditahan reman bagi membantu siasatan.

Selain itu, Hanyan berkata pada Jumaat lepas, seramai 28 lelaki termasuk dua warga Indonesia telah ditahan ekoran terbabit judi sabung ayam di Jalan Ibok, Ayer Jernih, di sini.

Katanya, ia adalah hasil serbuan ke atas sebuah pondok yang dijadikan gelanggang aktiviti tersebut dan didapati ia telah berlaku sejak setahun lalu dan dianjurkan oleh seorang penduduk setempat berumur 40 tahun pada setiap Jumaat, dua kali sebulan. — Bernama

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...