Mana-mana individu yang berhasrat untuk menyertai parti baru yang diasaskan Tun Dr Mahathir Mohamad demi mengejar wang dan jawatan dinasihat memilih parti lain.
Mengumumkan nama parti barunya ‘Pejuang’, bekas perdana menteri Pakatan Harapan (PH) itu berkata ia ditubuhkan atas kesedaran bahawa rasuah menghancurkan bangsa dan orang Melayu.
“Jika ingin tebus maruah, jika ingin kekal hak kita, pilih parti kami.
“Pilih Pejuang,” catatnya melalui bait-bait sajak di Twitter.
Parti Baharu – PEJUANG
Parti kami ditubuh kerana kesedaran.
Rasuah menghancur bangsa.
Rasuah yang hancur orang Melayu.Jika ingin dapat jawatan dan wang.
Pilih parti lain.Jika ingin tebus maruah.
Jika ingin kekal hak kita.Pilih parti kami.
Pilih PEJUANG. pic.twitter.com/WQI1KIbwBH— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) August 12, 2020