POLITIK Umno enggan sertai PN tidak jejas status quo, kata...

Umno enggan sertai PN tidak jejas status quo, kata penganalisis

-

Penganalisis politik berpandangan Perikatan Nasional (PN) kekal menerajui kepimpinan Negara di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan sokongan ahli Parlimen Umno dan Barisan Nasional (BN) serta ahli Dewan Undangan Negeri dalam pembentukan kerajaan pusat dan di beberapa negeri tertentu.

Menurut penganalisis politik daripada Universiti Sains Malaysia Prof Dr Sivamurugan Pandian, walaupun Umno membuat keputusan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional, ini tidak harus menimbulkan kekecohan kerana Umno sememangnnya tidak pernah menyertai PN sejak penubuhan kerajaan pimpinan Muhyiddin.

Beliau turut menyifatkan pengumuman Ahmad Zahid itu ada kaitan dengan tekanan yang diterimanya daripada ahli-ahli parti susulan ura-ura PN akan didaftarkan secara rasmi selain keputusan bersalah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dijatuhkan mahkamah pada Selasa lepas.

Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani pula berkata selama ini Umno hanya membawa agenda Muafakat Nasional yang menumpukan kepada penyatuan Melayu dan umat Islam dalam kempen pilihan raya kecil.

“Langkah politik Umno tidak bersama PN adalah pelik, bagaimanapun secara teknikalnya tidak menjejaskan kerajaan sedia ada.

“Implikasinya ialah pada pilihan raya. Ini bermakna Muafakat Nasional dan Bersatu boleh bertanding sesama sendiri. Kalau Bersatu nak masuk Muafakat Nasional, maka Umno dan PAS kena ubah piagam Muafakat Nasional yang selama ini adalah mengenai penyatuan agenda Melayu Islam di antara Umno dan PAS. Jika berjaya dilakukan (Muafakat Nasional + Bersatu), maka percaturan politik di PRU (pilihan raya umum) akan datang lebih mudah,” katanya.

Penganalisis politik daripada Universiti Putra Malaysia Dr Syed Agil Alsagoff pula menyifatkan keputusan Umno jelas menunjukkan strategi parti itu untuk memperkukuh pakatan Muafakat Nasional yang didominasinya bersama PAS berbanding PN yang dikuasai Bersatu.

“Namun apa yang saya sangsikan sekarang ialah apa yang akan berlaku kepada parti komponen BN, khususnya MCA dan MIC. Ini kerana Muafakat Nasional adalah mengenai perjuangan Melayu dan Islam.

“Dari segi politik, ini nampak tidak kena kerana berlandaskan kepada persetujuan dan kepercayaan semata-mata,” kata Syed Agil yang tidak menolak kemungkinan bahawa apa yang berlaku hari ini adalah isyarat kepada semua pihak bahawa PRU-15 semakin hampir. ― Bernama

https://tvrakyat.asia/tag/perikatan-nasional/

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...