POLITIK Anwar 'gila-gila' nak jadi PM, kata Dr M

[Video] Anwar ‘gila-gila’ nak jadi PM, kata Dr M

-

Dr Mahathir Mohamad menyalahkan Presiden PKR, Anwar Ibrahim sebagai punca beliau tidak dilantik sebagai perdana menteri ke-8.

Beliau berkata, Anwar tidak dapat menjadi perdana menteri kerana ramai yang tidak lagi menyokongnya.

“Anwar memang dia gila-gila nak jadi PM, dia tak boleh jadi (PM) pasal entah macam mana kalau dulu ramai sokong dia, sekarang ini ramai sokong saya.”

Mahathir berkata demikian dalam mesyuarat tertutup dengan pemimpin akar umbi Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini yang disiarkan secara langsung di Facebook Amanah.

Bekas perdana menteri itu berkata, beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri pada Isnin lalu supaya Anwar dapat membuktikan beliau mempunyai sokongan untuk menerajui negara.

“Kalau orang nak saya, nak saya bertanding, saya dapat balik, tetapi Anwar fikir dia boleh dapat balik.

“Saya amat sedih kerana saya kalah dalam pemilihan ini kerana dia minta pada PH supaya namakan dia sebagai calon (PM) PH.

“Kalau tak, saya dah dapat 90 undi dan tambah 60 undi, saya boleh dapat majoriti jadi (PM) kerana dia tuntut untuk jadi calon, walaupun dia sepatutnya tak boleh dapat, tetapi dia tuntut.”

Pagi tadi, Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-8 selepas mendapat sokongan daripada Barisan Nasional, PAS, Gabungan Parti Sarawak, beberapa ahli Parlimen dari PPBM dan PKR.

Semalam, PH yang diwakili PKR, DAP dan Amanah mencalonkan semula Mahathir sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun, Agong menggunakan kuasanya di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk melantik Muhyiddin sebagai perdana menteri ke-8 selepas menemui ahli Parlimen dan blok politik yang menyerahkan senarai wakil rakyat menyokong mereka.

Hari ini, Mahathir berkata, setiausaha politiknya memberitahu rancangan Anwar menuntut peletakan jawatannya dalam mesyuarat Majlis Presiden PH pada 21 Feb lalu.

Beliau berkata, perkara itu bagaimanapun tidak berlaku, sebaliknya Anwar dan pemimpin PH menyokong beliau kekal sebagai perdana menteri.

Katanya, tindakan Muhyiddin mencari sekutu baru ialah punca tercetusnya krisis politik selama seminggu yang menyebabkan perpecahan PH.

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...