NEGARAKU AM Covid-19: PKP sambung hingga 28 April

[Video] Covid-19: PKP sambung hingga 28 April

-

  • Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan telah dapat membantu para petugas kesihatan mengawal penularan COVID-19
  • Penularan wabak ini masih di peringkat pertengahan dan memerlukan tindakan pencegahan serta kawalan yang berterusan.

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan disambung dua minggu lagi sehingga 28 April.

Muhyiddin berkata, walaupun trend semakin positif tetapi rantaian penularan wabak COVID-19 belum dapat dihentikan sepenuhnya.

Berdasarkan situasi terkini, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan telah dapat membantu para petugas kesihatan mengawal penularan COVID-19 ke satu tahap yang agak stabil.

Menurut Muhyiddin,  PKP yang dilaksanakan dalam tempoh hampir sebulan yang lalu telah mengurangkan kebolehjangkitan dan penularan COVID-19.

Katanya, kes-kes positif COVID-19 terkawal pada kadar 7 peratus iaitu di bawah tanda aras 10 peratus yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kadar kematian akibat wabak itu di Malaysia juga rendah  iaitu 1.6% berbanding 5.8% kadar kematian di peringkat dunia.

“Namun begitu, kita tidak boleh mengambil mudah situasi yang sedang berlaku. Penularan wabak ini masih di peringkat pertengahan dan memerlukan tindakan pencegahan serta kawalan yang berterusan.

“Malahan, usaha-usaha mencegah wabak ini mesti diperhebatkan lagi bagi memutuskan rantaian penularan jangkitan. Ini termasuk memberi tumpuan khusus kepada kumpulan-kumpulan sasar yang dikenalpasti menjadi punca penularan wabak ini.

“Sehubungan itu, berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan pakar-pakar perubatan, kerajaan memutuskan untuk melanjutkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk tempoh dua minggu lagi,” kata Muhyiddin.

Menurutnya, pelanjutan tempoh itu dibuat untuk memberi ruang kepada petugas petugas kesihatan memerangi penularan COVID-19, selain mengelakkan penularan semula wabak ini dalam masyarakat.

Setakat hari ini seramai 1,830 orang pesakit atau 43 peratus  daripada jumlah yang dijangkiti telah pulih dan keluar dari hospital.

“Hari ini sahaja jumlah pesakit yang pulih ialah seramai 220 orang, melebihi jumlah kes positif baharu iaitu sebanyak 118 kes.

“Jumlah kes positif baharu juga telah menunjukkan penurunan sejak beberapa hari yang lalu. Jika
trend penurunan ini berterusan untuk tempoh dua minggu akan datang, insyaAllah kita akan dapat mengawal wabak COVID-19 ini daripada menular,” kata Muhyiddin.

Berita terkini

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

ADUN Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan positif COVID-19. Menerusi hantaran di akaun...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil dilayangkan 'kad merah' dan empat...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di sini, pagi tadi, dikesan dipandu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...