NEGARAKU AM Covid-19: Tempoh PKP perlu dilanjutkan, kes masih membimbangkan

[Video] Covid-19: Tempoh PKP perlu dilanjutkan, kes masih membimbangkan

-

Jumlah kes jangkitan COVID-19 yang belum menunjukkan penurunan ketara serta tahap pematuhan rakyat yang masih rendah menjadi faktor mengapa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu dilanjutkan.

Pakar epidemiologi, Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud menjelaskan, pertambahan kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan zon merah juga menjadi petunjuk penting mengapa PKP perlu diteruskan.

Katanya, kerajaan mungkin tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menamatkan PKP fasa kedua yang berakhir 14 April ini memandangkan trend jangkitan COVID-19 masih berada pada tahap membimbangkan.

“Ia bergantung kepada keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Akan tetapi saya tetap dengan pendirian awal, PKP harus dijalankan antara dua hingga enam minggu.

“Pada peringkat awal PKP diumumkan, saya kata dua minggu tidak mencukupi. Jika ikut perkembangan sekarang, sekurang-kurangnya perlu masa enam hingga lapan minggu.

“Semuanya bergantung kepada kes direkodkan dan tahap pematuhan rakyat terhadap PKP. Kita perlu pastikan pematuhan rakyat mencapai 99 peratus, baru boleh pertimbang menamatkan PKP,” katanya kepada BH, hari ini.

Kerajaan memulakan PKP fasa pertama pada 18 Mac sehingga 31 Mac lalu dalam usaha memutuskan rantaian penularan COVID-19 sebelum melanjutkannya lagi dalam fasa kedua mulai 1 sehingga 14 April ini.

Jumaat ini, kerajaan akan membuat keputusan sama ada akan melanjutkan atau menamatkan tempoh PKP yang sudah masuk empat minggu, namun ada pakar menyifatkan ia perlu dilanjutkan untuk menamatkan penularan COVID-19.

Dr Awang Bulgiba yang berkhidmat di Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan, Universiti Malaya (UM) percaya, fasa PKP yang seterusnya mungkin dilanjutkan sehingga akhir April, dengan mengambil kira situasi semasa COVID-19.

“Kalau tidak nampak penurunan kes, saya jangkakan tempoh PKP mungkin akan lebih lama, mungkin enam ke lapan minggu bergantung kepada pematuhan terhadap PKP,” katanya.

Beliau turut menyarankan kerajaan mengkaji semula perkhidmatan yang boleh beroperasi ketika tempoh PKP untuk mengurangkan penularan wabak berkenaan yang masih belum menunjukkan penurunan.

Berita terkini

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

ADUN Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan positif COVID-19. Menerusi hantaran di akaun...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil dilayangkan 'kad merah' dan empat...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di sini, pagi tadi, dikesan dipandu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...