NEGARAKU AM Covid-19: Warga emas ditahan enggan buat saringan

[Video] Covid-19: Warga emas ditahan enggan buat saringan

-

Seorang warga emas yang ditahan polis kerana enggan mengikut arahan pihak berkuasa menjadi perbualan warga maya.

Dimuat naik pengguna Facebook, Aliff Shanusi ,33, meminta orang ramai membayangkan sekiranya ada jiran di kawasan sendiri tidak mahu ke hospital.

“Cuba kalian bayangkan berapa remuk hati jiran-jiran bila tahu pesakit positif Covid-19 tidak mahu ke hospital,” tulis Aliff dengan mengepil dua video klip pendek kejadian yang tidak dinyatakan lokasinya.

Menerusi video pertama, kelihatan seorang warga emas berkopiah dilihat sedikit meronta ditarik dua orang petugas perubatan sambil diperhatikan dua orang pegawai polis.

Klip video kedua pula kedengaran lelaki warga emas tersebut menyatakan “Aku baik, bukan aku jahat” ketika menghampiri ambulans.

Aliff turut mengepil satu pautan video di komen, menyatakan negara kita sudah hampir sama menggunakan pendekatan “keras” seperti di China terhadap orang yang disyaki positif Covid-19.

“Kuat sungguh kudrat pakcik tu ya. Nak lawan buat apalah. Ikut sajalah. Bukan mereka nak buat apapun. Aduhlah,” keluh Fedella Hariry.

Seorang pengguna lain pula menyatakan kemungkinan warga emas itu enggan mengikut perintah pihak berkuasa kerana mungkin disangkakan akan dimasukkan ke dalam penjara.

“Orang tua tu ingat mereka datang nak tangkap bagi dia masuk penjara agaknya. Dengar macam dia cakap “aku orang baik”,” tulis seorang pengguna, dipersetujui oleh Ammar Maritimus.

Oleh yang demikian, ada pengikut mencadangkan kaedah pelalian untuk golongan yang enggan mengikuti arahan pihak berkuasa.

“Kena bagi klorofom bagi pengsan kot?” cadang Puyah Noor.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan sebuah taman di Johor, Ismail Ibrahim mengakui pihaknya ada menghantar aduan mengenai dua orang jemaah yang terlibat dengan perjumpaan Tabligh di Masjid Sri Petaling pada 27 Februari lalu.

“Kedua-dua jemaah tu dah dapat rawatan di Hospital Permai dan pihak hospital suruh pulang kuarantin di rumah.

“Jadi masalahnya, mereka ni tak faham, fikir duduk rumah boleh bebas ke kedai, surau dan sebagainya,” kata Ismail, merujuk tujuan laporan dibuat pihaknya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ismail mengesahkan salinan laporan yang tular di laman sosial adalah daripada pihaknya, namun menafikan kaitan video yang mengaitkan tamannya itu.

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...