BERITA Mayat mangsa runtuhan tanah Gunung Jerai dijumpai

[Video] Mayat mangsa runtuhan tanah Gunung Jerai dijumpai

-

GURUN: Mayat mangsa tertimbus dalam runtuhan tanah di kaki Gunung Jerai dekat Gurun, Kedah berjaya dijumpai jam 10.56 pagi Isnin.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon, mayat mangsa pertama Roslan Saidin, 52, berjaya dikeluarkan tidak lama kemudian.

Bomba kini sedang berusaha mengeluarkan mangsa kedua, Md Noor Shaari, 68, yang tertimbus agak dalam lantas memaksa bomba mengorek secara manual bagi mengeluarkan mayat.

Jelas Sayani, anggotanya terpaksa melakukan kerja-kerja pelebaran tanah dengan menggunakan dua unit jentera pengorek bagi membuka laluan untuk jentera berkenaan masuk ke kawasan itu.
Seterusnya, khidmat anjing pengesan K9 digunakan bagi menentukan kedudukan mangsa.

Sayani berkata kerja-kerja mencari mangsa mengalami kesukaran berikutan struktur tanah yang tidak stabil.

Seramai 40 anggota bomba termasuk 12 anggota Pasukan Khas Taktikal, Operasi dan Penyelamat (STORM) dan lapan anggota unit K9 terbabit dalam operasi hari ini.

Dalam kejadian lewat petang semalam, dua mangsa tersebut tertimbus ketika sedang mencari emas di kawasan itu.

Mangsa dianggarkan tertimbus pada kedalaman di antara 1.5 dan 3 meter.

………………
Berita sebelum:

Dua tertimbus dipercayai cari emas

GURUN: Dua lelaki yang tertimbus akibat tanah runtuh di kaki Gunung Jerai petang tadi, dipercayai sedang mencari emas di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata dua mangsa dikenali sebagai Md Noor Shaari, 68, dan Roslan Saidin, 52, dikatakan melakukan kegiatan mencari emas di kawasan berkenaan sejak 10 tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, mereka menghentikan kerja penggalian pada 19 Mac lalu, namun datang kembali ke lokasi kejadian pagi tadi, bagi meneruskan kegiatan berkenaan.

“Mangsa dikatakan mempercayai terdapat emas bernilai berbilion ringgit di kawasan Gunung Jerai dan yakin semakin hampir menemui harta karun berkenaan.

“Disebabkan itu, dua mangsa meneruskan kerja menggali dan seorang mereka sempat menghubungi rakan di luar memintanya menghantarkan bekalan air.

“Bagaimanapun, rakan mangsa yang tiba kira-kira jam 4 petang gagal menemui dua mangsa sebelum mendapati terdapat kesan runtuhan di kawasan berkenaan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian malam ini.

Pihak polis turut menemui kereta mangsa diletak berhampiran kawasan kejadian.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya masih menunggu bantuan jentera pengorek bagi mempercepatkan operasi.

“Operasi mencari dimulakan pada jam 6.30 petang tadi secara manual, namun hingga tengah malam ini, kita masih belum menemui kedudukan kedua-dua mangsa.

“Anggota bomba berhadapan kesukaran kerana kedalaman kawasan runtuhan lebih 12 meter dan mangsa dianggarkan tertimbus pada kedudukan antara 1.5 hingga tiga meter,” katanya.

Mohamadul Ehsan berkata, seramai 38 anggota bomba termasuk sembilan anggota Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM), polis dan pegawai Jabatan Perhutanan Negeri terbabit dalam operasi.

“Operasi mencari ditangguhkan sementara pada jam 12 tengah malam ini berikutan keadaan kawasan yang berbahaya dan tidak stabil.

“Kita menjangkakan operasi akan disambung menggunakan jentera pengorek pada jam 8 pagi ini,” katanya.

Berita terkini

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

ADUN Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan positif COVID-19. Menerusi hantaran di akaun...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil dilayangkan 'kad merah' dan empat...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di sini, pagi tadi, dikesan dipandu...

Banjir teruk landa beberapa negara Asia

HYDERABAD: Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh berikutan hujan lebat dan banjir yang melanda selatan India. Di Hyderabad, sembilan orang terbunuh selepas...

Datuk Seri berjaya lari dibantu dua pengawal peribadi

Bukan melarikan diri bersendirian sebaliknya Datuk Seri yang dikaitkan dengan sindiket Macau Scam didapati dibantu dua pengawal peribadi ketika...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...